Rabu, 20 Julai 2016

Pulau Tioman Part 2

Hari Kedua

Eksited punya pasal nak snorkelling. Sarapan pukul 7.30 rasanya. Nasib baik makanan sedap. Pendek kata makanan kat sini semua sedap. Bertambah jugaklah. Dengan muka tak malu aku makan untuk round kedua. Bagi tenaga nak snorkelling nanti.

Dah siap apa semua tu terus pergi jeti. Ada bot kecil yang tunggu nak bawak pergi tempat snorkelling. Memang sesak sangat jeti waktu ni. Tangki oksigen yang nak bawak pergi scuba diving pun berlambak-lambak. Jadi terpaksalah menunggu giliran walaupun dalam hati melonjak keriangan haha..






Ada pakcik tu dengan anak dia nama 'E' kut kalau tak silap yang bawak kitorang satu family. Nama sebenar 'E' tu tak tahulah pulak. Bila tanya dia taknak jawab. Terus ubah topik. Ingat akak nak mengurat kau ke dikk? Jadi anak ikan pulak kau nanti hahahaha..

Inilah dia E. Belakang tu macam aku je hahahah.. eh yeke?

Dia rilek gila menyelam tanpa alatan. Kitorang siap meronta-ronta nak naik ke permukaan bila rasa macam nak tenggelam walaupun pakai life jacket. Haha sampai tahun depan pun kau takkan lemaslah selagi life jacket tu tak mereput dan masih bersama dengan kau.

Mula-mula Ina yang turun dulu. Acah berani kekonon nak turun masuk laut. Kedua pulak giliran aku. Pakcik tu suruh berpaut pada tangga kat tepi bot tu. Sambil tu cari keseimbangan nak timbulkan diri nanti. Dah berjuta kali mencuba tetap aku tak yakin. Akhirnya hanya mampu berpaut pada Ina yang sendiri mencari nafas kat permukaan air wahahahaha.. Aku tarik dia sampai muka dia terselam dalam laut hahaha dan aku pula berada kat atas dia.. Jahatnya aku hohohoh..

Lepas tu Mak Wan, Mokcu dan Kak Mira try turun. Benda yang sama berlaku bila semua meronta-ronta kat permukaan air hahaha..Itulah tak reti berenang ada hati nak bersnorkelling konon puii..

Mektam dengan Kak Rahmah tak turun. Bila tak turun memang rasalah akibat dia. 
Tips : Kalau takut air pun kau cubalah turun jugak. Berpautlah pada tali ke bot ke tangga kat bot tu ke. Sebab pasti akan mabuk habis bila duduk kat atas bot je. Serious talk okay. Aku yang naik tak sampai 5 minit je pun rasa pening dan nak muntah.


Nayalah kalau tak turun. Mampu merenung ke luar sambil menahan muntah huu..



Pakcik ni best sebab dia bawak kitorang pergi kat tempat yang best. Tempat yang banyak polip meliang lintuk tu dengan port ikan-ikan cantik. Paling ngeri bila tiba-tiba ada ular berbelang warna hitam putih kat bawah kau. Aku cepat-cepat angkat kaki ke atas. Ina rugilah tak nampak. Tapi sumpah takut gila. Boleh pulak terbayang kalau kaki aku tiba-tiba hilang hahaha.. Padahal ular kecik je. Bukannya anaconda pun.

Aku, Ina dengan Mak Wan jelah yang menyelam. Yang lain muntah-muntah atas bot. Lepas tu terus mintak dia bawa pergi Taman Marin. Kat situ cetek sampai boleh nampak dasar. Patutnya kena bawak ke sini dulu. Baru pergi tempat yang dalam gila tu hahaha..


Akhirnya Mektam dan Kak Ikin turun jugak. 

Cetek je sebenarnya.

Ni area Taman Marin tu

Pulau yang air dia hanyalah separas pinggang. Tang ni semua turun huhuhuhu..




Makan tengahari semua kat Taman Marin ni. Resort sediakan makan tengahari kalau ikut pakej yang kitorang ambil.

Lepas makan tengahari

Terkedek-kedek mengejar ke arah bot. Tulah lambat lagi hahaha..
Again makanan tengahari sedap. Berbaloilah resort ni siyes!

Lepas tu pusing-pusing mana tah pakcik tu bawak. Yang pasti aku dah kepenatan. Kaki pun rasa nak cramp. Lama gila kut berenang. Dari pukul 9 sampai pukul 3 tak berhenti. Kecut segala kulit aku tahu!

Pakcik ni bawak pergi satu lagi tempat macam pulau. Cetek paras pinggang je. Kali ni semua turun. Tak ada alasan. Tempat ni pun tak kena ombak kuat sangat.


Tak ingat nama kampung ni apa. Tapi yang pasti ada kereta, motor dengan fasiliti.
Ada free duty shop macam kat Langkawi. Jual coklat bagai. Tapi Langkawi lagi murah dan lagi best hahaha..

Nilah tempat acah-acah pulau tu...
Lepas pakcik tu bawak sekitar kawasan terumbu karang kat pulau kecil ni, masing-masing mandi kat tempat cetek gila ni haha..Cecah kaki pun boleh. Hah lepas tu semua pakat nak balik. Penat wehh..

Balik resort mandi kejap depan chalet lepas tu tidurr.. Bangun tidur je dah nak pukul 6 petang. Yang paling penting ialah badan semua sakit-sakit. Sengal. Tak warm up. Rasa macam nak merangkak je sebab sakit gila badan. Nak angkat tangan pun macam separuh nyawa hilang haha okey tu tipu. Tapi yang pasti memang sakit. Kena bersedia jelah ya.

Makan malam resort buat BBQ. Campur dengan family lain. Bolehlah. Tapi aku jenis tak suka sangat BBQ apa semua ni. Jadi makan setakat nak kenyang je. Lagipun malam tu yang lelaki semua standby nak tengok tv. Ada bola katanya. JDT lawan apa tah hari tu. Yang pasti JDT menang! 



Tak paham apa function buat bayang-bayang ni hahahahaha..
Okey done untuk hari kedua.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan