Sabtu, 16 Julai 2016

Selamat Hari Raya #TeamJohor

Ucapan Hari Raya yang hambar tanpa respon hahahha..

Assalamualaikum..

Lama gila tak menulis. By the way selamat hari raya ke berapa tah hari ni..
Macam biasalah tahun ni raya biasa-biasa je. Dah usia semakin tua ni almaklumlah kegembiraan nak sambut raya tu makin hilang. DAH TUA WEHH! Duit raya pun orang taknak bagi dah hahahaha..

Tapi even dah 19 tahun duit raya aku still masyukkk! Sebab apa? Sebab aku pendek. P.E.N.D.E.K.

Orang ingat aku acah-acah budak tingkatan 2 je ahaks. Tapi yang buat bengang bila ada sorang akak tu ( umur 25 dan bakal berkahwin ) tetiba salam tangan aku. Siap cium tangan lagi. Weh ini sudah menimbulkan kemarahan. Aku 19 TAHUN KUT! Kau tu 25. Dasar tak sedar diri. Lepas ni memang mimpilah aku nak salam tangan kau. Salam gitu-gitu dahlah COIII!

Tahun ni raya JOHOR. #TeamJohor
Tapi banyak gila drama dan air mata masa raya ni ecehh..Tak apalah pengalaman mematangkan kita kan?

Ni raya kedua..barulah melawat kampung sebenar lol.. Ada ke kampung fake pulak? haha.. Ni kampung ni ada semua sepupu-sepupu sebelah mak iols. Kiranya pangkat makcik sedara sepupu berpupu-pupu la kat kitorang yang muda-mudi ni. Paham ke idak? Haha lantaklah.. Sebab aku sendiri pun tara paham dehhh..
Haha filter menipu sangat!
 Ni raya pertama. Tema HITAM. Macam berkabung pulak rasa dengan baju hitam semua ni. Tudung hitam. Nasib baiklah baju kurung ada corak pink. And nasib baiklah muka putih lulzz..
Pendek duk tengah okay!
 Sepupu aku semua ni makan apa eh? Tinggi kemain. Hakak sado budak dua ekor depan ni haha..
acah hipster pulak yang belakang tu..
 Yang pakai tudung hijau tu makcik aku. Dia yang bagi duit raya paling banyak. Ternganga aku bila bukak sampul. Haha macehh mektam.. Nanti bakal anak mektam I bagi lagi banyak huhu.. ( kalau dapat bonus laaa...)
Makcik and cousins.
Hah ini geng anak dara. Tapi tertinggal sorang. Kak Mira tengah makan pulekkk.. Dari kiri Amy, Ina, iols, Mokcu and Mektam. Nanti makin lama makin berkuranglah geng anak dara. Masing-masing lepas ni pakat gambar dengan keluarga sendiri je..
Aku tersepit sorang2 kat tengah..
 Waktu ni semangat gila acah-acah beraya rumah jiran sebelah. Beramai-ramai menjelajah ke rumah-rumah jiran. Tapi malangnya hari raya pertama sakit perut la pulakkk.. Stress betul nak beraya pun kena duduk kat toilet. Menyesal makan rendang tu. Memang seriklah nak makan lagi lepas ni.
Rumah Cik Kiah aka jiran sebelah huhu..
Sebelum kejadian menetap di tandas.


Tahun ni #TeamJohor.. Tahun depan #TeamPenang pulak.. Tahun lagi satu manalah tahu tetiba #TeamKorea ke ahaksssssss...Hah pikir macam-macam tu apahal hah?
Yelah manalah tahu tetiba dapat join pertukaran pelajar ke apa ke, sekali beraya kat Korea. Nak la jugak sesekali raya di perantauan walaupun orang cakap sedih gila jauh dari keluarga. Haha no hal la! Rasanya lepas kut nak masak rendang ayam sendiri nanti. Lemang dengan ketupat pun beli instant je. Lepas tu bukak skype live hari raya from Malaysia. Haha weh sedihlah pulakk!

Lol mengarut apa aku ni? Okeylah. Tak tahu nak taip apa sebenarnya hahahaha. Kbye.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan