Ahad, 17 Julai 2016

Group Sambal Belacan. -part 1-

Assalamualaikum...
Haha kali ni bukan makanan. Asyik makan je nanti otak macam kura-kura.
Okay, lemme introduce my besties aka geng sambal belacan ni.
Me, Fizah, Nabilah and Farah.This is our story.

25/1/2016.
Kitorang semua berpakat nak keluar gi IOI. AGAIN IT'S IOI. LOL. Apa yang best pun tak tau la hahaha.
Aku nak tengok Fifth Wave. Jadi aku heret Fizah tengok Fifth Wave. Upahnya belanja popcorn  satu..ceh..

Kitorang berdua tengok wayang..yang lagi dua tu shopping tak ingat dunia bawak satu troli penuh dengan barang. Sekian. Hahaha..JK.

Tetiba terjumpa someone..And guess who's is it? Yeah our class rep. Kemain Fizah terkejut beruk mak yeh tengok dia. Actually aku pun terkejut sama. Rasa macam nak sorok muka kat dapur KFC tu.( Haah makan KFC layan diorang ni craving KFC.)

Masa kat wayang ada pulak kawan kelas. Tapi kali ni perempuan. Diba, Rawr dengan Ren. Haha again. Yang lawaknya boleh pulak duduk sebaris dekat panggung tu. Padahal beli tiket lain-lain. Dan tak tau pulak diorang dekat sana. Haha. Diorang duduk hujung sebelah kiri. Both of us duduk kat hujung kanan. Tengah-tengah semua lelaki..Nasib la mak jemah ..
Dah habis movie berpisah jugak dengan Farah dengan Nabilah. Diorang entah shopping mana agaknya. Aku dengan Fizah dah tawaf satu IOI tu. Semua kedai baju dah masuk. Semua tak berkenan sampailah satu kedai ni.
 
Baju 2 for RM 90. Haa..apalagi kau satu aku satu. Fizah ambil warna kelabu. Aku pulak warna pink. Dah la pattern sama. Kekonon baju couple hahaha lol lawak apakah ini...hahaha..

Ala student biasa la. Beli baju biasa-biasa je. Tak mampu cek oi nak beli mahal-mahal. Nanti karang tak pasal-pasal makan nasi kosong je hari-hari. 

Hari Rabu aku dan Fizah pakai baju yang kitorang beli. Malu takyah cakap la wei!! Rasa nak masukkan muka dalam beg je. Bila masuk kelas je ramai tegur baju sama. Sweet bagai la..LOLOL!

Tapi inilah geng kitorang. Gila-gila takyah cakap la..Dekat group Whatsapp kerja asyik menyalak mengembek semua ada. Lawak sengal semuanya. 

Yang paling tak boleh nak tahan bila aku tukar nama Group Sambal belacan ke Group Azzuanators LOL! Habis aku kena bahan. Alah, tukar pun sebab aku hantar voice message kat Whatsapp Sambal Belacan. Voice message tu sebenarnya suara Azzuan ( budak lelaki kelas aku) nyanyi. Aku tolong forward kat group Sambal Belacan. Last-last semua melting dengar suara si Azzuan ni. Jadinya bertukarlah nama dari sambal belacan ke Azzuanators. Mati kalau Azzuan tahu rahsia paling rahsia abad ini huhu..


Banyak lagi sebenarnya kegilaan group Sambal Belacan ni..Haha jumpa kat part 2 pulak..



p/s: Nak cari idea untuk part 2 pulak hahahhaha


Fiza, Cik Nab, I dengan Farah kat belakang je huhu..
Depan IOI Putrajaya menunggu kereta yang tak kesampaian tu hahahaha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan