Khamis, 28 Julai 2016

Ada yang terbaik menanti.

Assalamualaikum.

Tajuk macam sedih nampaknya.

Actually memang sedih pun. Sedih yang sakit dia memang menusuk hati. Rasa pedih semacam.

Aku tahu Allah ada perancangan lebih baik dan lebih sempurna. Aku yakin dengan segala yang ditentukan.

Tapi kadangkala rasa sakit tu kembali bila orang mula berkata macam-macam. Bukan salah orang lain pun. Cuma aku yang masih belum kuat nak hadapi semua ni.

Masa tadika, aku tak paham apa-apa lagi. Bila cikgu tanya nak jadi apa bila besar, jawapannya cikgu. Sebab mak ayah aku cikgu. Jadi aku nak jadi macam diorang. Sebab tu orang selalu cakap ibu bapa ni sebenarnya jadi role model anak-anak.

Masuk darjah satu, everything changed. Ada satu rancangan kat TV3 dulu. Tajuk dia Mediktv kalau tak silap. Aku selalu tengok cerita tu. Sebab rancangan dia ada berkait dengan pembedahan in real life. Kira macam waktu pesakit tengah bedah, sambil tu jugak kamera rakam waktu pembedahan tu. Pengacara dia pun aku ingat lagi. Irin Putri Azmi nama dia rasanya.

Sejak dari itu aku tekad nak jadi doktor. Mula-mula cuma doktor. Tapi lama-lama upgrade jadi pakar bedah. The most funny thing bila aku acah-acah jadi doktor. Anak patung tu biasalah jadi bahan mainan. Kapas muka umi jadi mangsa aku dulu. Nak buat macam potong tisu dalam badan tu hah, jadi aku ambil watercolour warna merah untuk jadikan darah. Lepas tu tuang atas kapas tu. Tahu tak yang set pedicure ke menicure haha entahlah aku jadikan alatan bedah.

Gunting, benda-benda yang agak-agak serupa macam scaple tu aku jadikan mainan.
Haha dia punya imaginasi memang tak boleh tahan.

Sampai umur aku 18 tahun. Cita-cita yang sama. Tak pernah berubah. Pakar bedah is my priority. Aku tolak tawaran IPG dulu pun sebab ni. Abah nak suruh aku masuk IPG je. Habis belajar terus ada kerja tetap. Kerja kerajaan. 

Merayu-rayu aku minta kat Abah supaya bagi aku terima matriks atau asasi. Sebab aku nak jadi doktor. 

Tapi masuk je asasi semuanya berubah. Awal semesta 1 doktor masih lagi menjadi cita-cita aku. Tapi sebab aku tak biasa hidup semua benda nak cepat, maka terkubur selama-lamanya impian nak jadi pakar bedah. Kadangkala rasa tak adil bila aku dah buat sehabis baik, aku cuba paham apa yang lecturer ajar dalam kuliah, aku selalu duduk kat meja buat tutorial dan membaca. At the end, aku gagal. Kawan-kawan aku yang SPM biasa-biasa pun dapat hebat-hebat. Sem 1 sangat bermasalah. 
And yeah I hate it. Sampai sekarang aku masih teringat pasal Sem 1 punya result.

Sem 2 pulak pusat asasi pindah kat Dengkil. Dekat dengan rumah. Kali ni no more playing around. Sem 2 aku struggle habis-habisan. Balik kolej je aku terus ulangkaji, cuba buat tutorial sehabis baik. Stay up tu dah jadi benda biasa. Sampai satu tahap aku menangis bila tekanan melampau. Nak taknak aku kena naikkan pointer untuk dapat kos terbaik nanti.

Sem 2 mudah sangat air mata aku jatuh. Tapi banyak berkaitan belajar la. Lepas tu aku kurangkan drama Korea, Running Man dan seangkatan dengannya. Banyakkan baca Al-Quran dengan solat sunat. Lagu-lagu pun banyak nasyid-nasyid je. Kebetulan kolej aku dekat dengan Pusat Islam. Dari bilik kadang-kadang dengar ceramah dari Pusat Islam. 

Perlahan-lahan aku menapak naik. Aku buat terbaik dalam kuiz dan peperiksaan. Carrymarks Sem 2 sangat memuaskan hati aku. Dan akhirnya pointer Sem 2 aku sangat sangat sangat sangat jauh beza dengan Sem 1. At that time aku tersedar. Sebenarnya aku boleh buat. Aku boleh dapat apa yang aku nak. Tapi disebabkan aku ada terlalai sikit masa Sem 1, terlalu banyak hiburan akhirnya menghancurkan impian aku sendiri.

No more turning back.

Ya, aku dah tak boleh patah balik. Semua dah berlaku. Perlahan-lahan aku bertatih balik. Aku kena kuatkan diri aku supaya terima apa pun kos yang aku dapat nanti. Bukan lagi kos perubatan macam apa yang aku nak dari darjah satu tu.

Bila orang lain cerita pasal kos berkaitan perubatan ni, aku automatik akan jadi sensitif. AUTOMATIK. 

Sebab tu aku taknak baca apa-apa pasal group kelas pasal interview untuk perubatan ke. Sebab aku akan rasa sakit. Akhirnya menangis. Buang air mata aku je. Huhu..

Bak kata Mokcu, mungkin ada hikmah aku tak dapat nak jadi doktor. Manalah tahu aku akan jadi emosi bila berdepan dengan pesakit. Mungkin jugak terlalu sibuk sampai lupa keluarga. Yelah, mak ayah aku ada 2 orang je anak. Cuma aku dengan adik aku. Kalau sorang je anak yang balik raya tak ke sedih? Mungkinlah kan. 

Aku terlalu suka medicine sampai drama Korea pun aku layan yang berkaitan perubatan. Banyak benda baru yang aku belajar. Semuanya sebab minat. Sebab aku niat jadi doktor dulu untuk tolong orang. Bukan sebab gaji atau populariti. Memang duit penting tapi niat untuk tolong orang tu lagi mulia.

3 ulasan:

  1. Tisu please...... Kenapa sedih sgt entri kau ? Jgn sedih . Mesti ada hikmah kenapa allah duga kau. Bnyak benda kau kena belajar and no more childish thinking. Kalau kau redha and follow the flow inshaa allah allah permudahkan segala urusan. Bukan semua orng dpt apa yg kita nak? Kan? Terima dgn hati yg terbuka. Kau mungkin ada kelebihan yg takda pada orng lain. Inshaa allah . Aamiin. Kita sama2 mendoakan kejayaan bersama.

    BalasPadam
  2. Omg kau baca ke? Hahaha.. sekarang aku belajar jd redha weh.. Mungkin ada hikmah satu hari nanti. Kan?Kan?

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam