Ahad, 17 Julai 2016

Antisocial Personality Disorder in Beautiful Mind

Assalamualaikum..

Antisocial personality disorder, sometimes called sociopathy, is a mental condition in which a person consistently shows no regard for right and wrong and ignores the rights and feelings of others. People with antisocial personality disorder tend to antagonize, manipulate or treat others harshly or with callous indifference. They show no guilt or remorse for their behavior.

Ini hasil dari overview di http://www.mayoclinic.org

Apa yang membuatkan aku google benda alah ni sebenarnya?

Jawapan dia ada pada K-Drama Beautiful Mind tahun 2016. Mula-mula taknak tengok sebab tajuk macam berat dan hero tak best uhuk-uhuk..

Tapi..
Bila dah tengok jalan cerita dia menarik sebenarnya. Dan lagi hebat bila watak utama dia macam antagonis. Weh apahal watak utama jahat pulak kan? Itu kalau ikut logik la.. Watak utama kot. Tak syok la kalau ada plot twist dalam cerita tu.

Hero cerita ni mengalami penyakit mental  Antisocial Personality Disorder@ ASPD. Seorang doktor pakar neurologi yang ada ASPD. Kalau ikut maksud kat atas tu, orang yang ada masalah ni dia tak boleh nak baca perasaan orang lain. Kira tak boleh beza mana betul mana salah. Apa yang dia tahu realiti yang sebenar. Dalam cerita ni pun, hero tu memang takde feeling langsung. Kadang-kadang geram jugak sebab macam annoying pulak lelaki macam ni hishhhh...

Part yang best pasal ASPD ni ialah tak payah nak risau pasal orang lain. Ini prinsip jaga hati sendiri dahlah. Memang hero ni tak terkesan langsung walaupun pembedahan yang dia buat akhirnya jadi 'Death on the table' ( mati masa dalam operation ). Biasanya doktor normal pasti akan terkesan bila pesakit dia mati masa pembedahan dijalankan.

Keburukan ASPD ni bila melibatkan masyarakat. Konferm bila masyarakat tahu pasal ni, diorang akan sepantas kilat benci golongan ASPD ni. Sebab apa? Sebab mereka bahaya. Boleh commit any crime sebab diorang tak ada rasa bersalah langsung.

Dalam drama ni pulak banyak perihal keluarga, politik dengan emosi. So siapa-siapa yang tak tahan cerita berat sila ambil langkah untuk meninggalkan drama ni. Manalah tahu tiba-tiba ada pulak yang dapat ASPD ni lepas seminggu stress dengan jalan cerita Beautiful Mind ni..

Drama ni buat masa sekarang masih ongoing. So nak tahu jugak apa ending dia kan? Sama-samalah kita tunggu yaa..

Park-so-dam 1465617666 jj.jpg
Official poster

Punca berlakunya ASPD?

Biasanya penyakit yang berkait rapat dengan mental ni disebabkan oleh abuse. Maksudnya mungkin dia pernah trauma dengan sesuatu.

Causes

Personality is the combination of thoughts, emotions and behaviors that makes everyone unique. It's the way people view, understand and relate to the outside world, as well as how they see themselves. Personality forms during childhood, shaped through an interaction of inherited tendencies and environmental factors.
The exact cause of antisocial personality disorder isn't known, but:
  • Genes may make you vulnerable to developing antisocial personality disorder — and life situations may trigger its development
  • Changes in the way the brain functions may have resulted during brain development
Sumber: mayoclinic.org

Acah pakar psikologi pulak aku hari ni. Taklah ini based pembacaan yang aku buat selama beberapa hari ni. Lagipun aku bukan doktor. Jauh lagilah pakar. Pointer pun jatuh gaung nak jadi doktor pebenda. Tapi drama Korea ni best sebab benda macam ni lah. Aku jenis suka benda-benda medical. Yelah dulu cita-cita tinggi GILAA! Konon nak jadi doktor. Tapi usaha macam nak kerja sebagai penganggur je uhuk-uhuk..

Sepatutnya drama Melayu dah kena buat macam nilah. Pengarah-pengarah patut banyak membaca dan belajar benda-benda macam ni. Kalau kat negara barat semua buat filem sains fiksyen laku. Sebab apa? Sebab diorang walaupun jadi pengarah tapi tetap pandai. Cari dan belajar. Buat kajian.

 Drama melayu sekarang banyak dari novel. Dan kisah cinta. Hey kamon la! Banyak sangat sogok pasal cinta ni lama-lama bosan jugak. Acah sweet je konon! Realiti tak macam tu pun.
Macam biasa CEO kena kahwin dengan pilihan keluarga. Gaduh-gaduh sikit ada perempuan lain lepas tu break up lepas tu bahagia. WTH?

Hahha sorry teremosi. Back to the topic. Maaf aku bukan doktor. Cuma berkongsi apa yang aku paham pasal ASPD ni. Nak tahu lebih lanjut pi carik sendiri. Buat kajian. Manalah tahu boleh ambil master dalam psikologi pulak kan? Sambil-sambil tu boleh tambah ilmu sikit. Kot-kot satu hari nanti terjumpa orang yang ada ASPD ni. Bolehlah handle dan paham diorang sikit-sikit kan?

BEAUTIFUL MIND

BTW, it's worth for watching. Cuma kalau rasa nak cerita cinta ringan-ringan je lupakanlah drama ni hahaha..

Sekian review pasal K-Drama ni. Dan jugak ASPD.

Updated : It turns out yang doktor ni pernah kena bedah dulu. Doktor dia cuai dan salah bedah apa benda tah. Weh peninglah pulak dengan cerita ni. Aku sendiri geleng kepala bila tengok citer ni..huhu..

p/s : Drama W lakonan Lee Jong Suk. Sumpah best gila! Siapa jadi penulis drama ni memang hebat. Thumbs up!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan