Selasa, 19 Julai 2016

Pulau Tioman Part 1

Assalamualaikum..

Ketika aku menulis artikel ini, sudah semestinya aku dah balik lama dah dari Tioman. Weh Tioman line pun macam siput bibi, apatah lagi internet dia. Memang pergi sana tak payah dengan telefon. Fungsi smartphone kat sana hanyalah untuk berselfie like 3222628738 keping gambar.

Hari pertama

Jeti kat Mersing
 Sampai kat jeti dalam pukul 12 kut. Weh panas gila. Terbakar hangus kulit aku. Hilang sudah ke' flawless'san aku. Pergh bahasa melayu aku kemain hahaha..kau ada?
Bila datang sini tak payah nak gedik sangat bawak sampai berpuluh-puluh beg. Hello kau nak pergi bercuti santai-santai ke kau nak pergi photoshoot? Bawak beg sandang dah cukup. Bawa sikit je baju. Lepas tu pandai-pandailah recycle baju kat sana.
Ramai jugak orang waktu ni..
Kalau nak bawak jugak almari tu suka hatilah. Tapi masa naik feri kalau senget sebelah tu semua kerja kau tahu! Sebab kau feri senget.

Tunggu feri tak lama pun. Taklah sampai berejam macam kat Jeti Kuala Perlis tu. Kalau kat situ memanglah takleh nak cakap apalah. 

Sediakan plastik atau makan pil tahan muntah sebelum bertolak. Kitorang semua ambil pil tu. Jadi masa dalam feri memang wassalam semuanya menidurkan diri. Dahlah sebelah aku mat saleh. Takdelah saleh mana pun. Maybe dari UAE ke Arab ke entahlah. Lepas tu boleh pulak dia borak pasal *** dengan kawan dia dalam english. Hoi ingat aku tak paham ke? Seriau betul nak duduk sebelah dia. Dahlah kitorang berdua (ina dan aku) duduk tengah-tengah. Diapit kiri kanan dengan lelaki. Ina pulak boleh tidur nyenyak. Aku kejap-kejap terbangun. Lepas tu tidur balik wahahaha..

1 jam 45 minit kut nak sampai Kampung Genting kat Tioman ni. Nasib baiklah perhentian pertama. Cepat-cepat kitorang naik ke darat. Panas sungguh lah. Dengan lapar lagi huhuhu...

Tempat ni okaylah walaupun tak macam Berjaya Resort yang mahal gila tu. Makanan pun sedap. View pun cantik. Ada aircond dah cukup rasanya hahahaha...

Tempat lepak.


Muka bangun tido. Sila abaikan haha. Eh mat saleh belakang tu macam bieber laaaa..

Geng anak dara berjalan.

View petang 
Kekonon semua bersemangat waja taknak tidur waktu petang. Dan akhirnya inilah kerja kitorang. Lepas makan kita tinjau kawasan jap.

Erm..

Ha nampak tak panas dia?!

Sekumpulan anak dara.

Love aku ngan Mokcu kelaut hahahahahha...Tu love ke pyramid lulsss..



 
Sakai betul budak depan berspek hitam ni.. dahlah pakai Kiki punya coii..hahahah  
Makan malam macam biasalah. Sedap jugaklah. Masa ni tak ramai lagi yang masuk chalet sini. Esok pagi berduyun-duyun orang masuk.

Petang tu kitorang buat rehearsal.. Sebab esok pagi nak pergi snorkeling. Jadi beramai-ramailah acah-acah buat menyeimbangkan diri kekonon. Berlatih untuk besok. Safety jacket ngan alat nak snorkeling tu dia dah bagi awal-awal. Senanglah sikit.




Ikan banyak gila kat sini.. Bila surut rupanya lahai batu je penuh. Patutlah siap berdarah-darah kena batu karang.

Takyah merenung masa depan sangatlah!
So done hari pertama. Malam tidur awal untuk hari besok. Daaa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan