Sambung post Medan, Indonesia
Masa dekat Lake Toba ni, kitorang dibawa singgah dekat sebuah pulau kecil bernama Samosir Island.
*Samosir - Many Big Statues as Cemeteries for Batak people ancestors.
Kitorang duduk kejap mendengar history about kaum Batak ni la.
*Samosir, Simanindo - Batak Museum with traditional dance performed twice daily.
Ha yang ini tak perasan pulak kat mana..Rasanya kitorang tak singgah sini.
*Samosir, Ambarita - Stone chairs used for judgement and executions.
Tempat ni best sangat. Dalam banyak tempat sejarah kat Medan yang kitorang pergi, Ambarita is the best among the best. Ada rumah-rumah kaum batak dekat sini. Pintu rumah dia keciknya lahai..haha. Tempat execution tu memang ada..siap dengan kerusi masa zaman dulu kala..Nak bagi pengajaran kat orang kampung. Pak Bangun siap buat demonstrasi lagi hukuman pancung tu. Masa ni memang terpaku sebab best cerita our tourist guide ni.
*Samosir, Tomok - Good place for locals and foreigner to shop for souvenirs. vegetable and fruits. There's a tomb for you to visit as well.
Masuk je pulau ni ada pasar jual cenderahati la, baju, beg and everything about Lake Toba..Mostly cenderahati la..
Pulau ni ada kaum Batak so banyak pasal history kaum Batak ni la..Best jugak dengar cerita pasal kaum Batak zaman dulu-dulu..
(Mostly orang tau pasal cerita orang batak ni makan orang. Zaman dulu la.)
*Bila masuk sini kena hati-hati sikit bagi yang muslim. Sebab anjing banyak habaq hang. Jadi berjalan tu hati-hati.
*Better beli cenderahati macam beg ke baju ke dekat sini. Sebab lagi murah berbanding tempat lain yang kitorang pergi.
Petang dalam pukul 5 kitorang sampai hotel baru. Lupa nak bagitau. Setiap malam kitorang akan tidur hotel yang berbeza. Jadi hari kedua kitorang tinggal dekat sebuah hotel di Lake Toba.
Makan malam macam biasa. Malam-malam ni boleh la jalan sendiri. Suka hati la nak pergi mana-mana. Tapi kitorang ni penakut jadi masuk bilik tengok sinetron lagi syiokk..hahaha..
8/12/2014
Esok pagi lepas sarapan kitorang sambung perjalanan balik ke Medan. Bas dah menunggu masa feri kitorang sampai. Jadi sambung perjalanan ke Bandar Medan balik.
*Masa pergi ke Lake Toba dan masa balik Pak Bangun bawak jalan yang berbeza. That means yang kitorang akan lalu suatu tempat tu sekali je..Memang rugi kalau tak ambil gambar cam aku ni ha...
Rutin biasa aku dalam bas mesti la tidur..Penat berjalan sana sini. Bas berhenti dekat Restoran Simpang Tiga cawangan mana tah ni untuk lunch. Once again, aku suka banget sama masakan Indonesia..Best banget hahaha..
Dah kenyang semua kitorang teruskan perjalanan ke kilang makanan ringan. Ceh nama kemain. Dekat situ ada jual makanan tu. Tak ingat la nama dia. Teng-teng apa tah lagi..
Ala kalau Malaysia macam bepang kacang, dodol salut sesame, kacang tumbuk etc.
Mula-mula gelak-gelak je la bila dengar nama makanan ringan ni..entah apa-apa je..Bila tengok dan rasa, lebih kurang je macam makanan Malaysia.
#Even lebih kurang macam dekat Malaysia, tetapi mak abah makcik pakcik nenek semua belanja besar. Jadi sila simpan duit anda sedikit untuk shopping makanan kat sini.
Petang tu berjalan pusing-pusing Bandar Medan. Ada suatu tempat cenderahati ni. Kitorang ingatkan lagi murah tapi sebenarnya lagi murah dekat Lake Toba sana. Jadi beli dekat Lake Toba boleh dapat harga yang terbaik dan ideal untuk cenderahati.
Makan malam kitorang sangat-sangat best. Makan buffet dekat hotel hahaha. Ni termasuk dengan pakej tau..Tapi bukan hotel yang kitorang stay untuk malam tu.. Hotel ni memang mewah tak hingat.. Nak lalu pun segan. Berkilat-kilat semendang. Makan buffet dan ada jugak Malaysian tourists makan sini.
Dah selesai makan semua kitorang balik hotel rehatkan diri. Esok dah nak balik Malaysia.
9/12/2014
Pak Bangun bawa pusing area Medan ni ha..Cari barang-barang yang nak dibeli. Makan lunch kali ni tiada dalam pakej sebab hari last dah nak balik..Petang dalam pukul 4 dah gerak ke Kualanamu Airport. Pung pang pung pang dalam pukul 6 lebih berlepas dari Indonesia. Sampai KLIA 2 uruskan beg semua dalam pukul 9 malam baru sampai rumah. Habis sudah holiday kali ni. The last one untuk tahun 2014.
|
Silakan... |
|
Restoran Simpang 3 cawangan mana tahhh... |
|
Ni masa dekat tempat execution |
|
Tenang je... |
|
Rasa macam kat India pun ada jugak.. |
|
Balik Malaysia....... |