Isnin, 11 Mei 2015

Medan, Indonesia


Malam-malam ni bosan la pulak..taktau nak buat apa..online memanjang sampai tak tau nak tengok apa lagi.. so malam ni update pasal pergi Medan je lah nampaknya..

6/12/2014
Hari pergi Medan. 6.00 pagi dah bertolak pergi KLIA 2. Tiket flight pagi pulak tu.. nasib la badan..Lepas selesai check in bagasi semua..dalam pukul 8.30 jugak baru berlepas dr KLIA 2. Kekonon berangan nak breakfast dlm flight sambil tengok matahari pagi(ceh..)..akhirnya takda maknanya..40 minit je dari KLIA 2..Baru nak makan dah nak mendarat...simpan je lah makanan tu..
Sampai je dekat Kualanamu Airport, mencari pulak tourist guide yg dah diupah tu..oh ya, pagi-pagi airport ni tak la busy sangat..tak lama la nak menunggu passport kena cop la apa la..
Tourist guide kitorang nama dia Pak Bangun. Pak Bangun hokeyy..kau ada?haha...jadi mulalah perjalanan kitorang dekat Medan. Keluar je dari airport tu, kitorang terkejut tak hingat tau dak..ingatkan travel agency ni bagi naik van je.Sekali dia bagi bas uolsss! Bas pendek@bas mini..kat sana apatah nama dia..lebih kurang bas persiaran la. Kitorang pergi sini ramai-ramai..jadi layak lah utk dapat sebuah bas mini kihkihkih..
Okay, firstly Pak Bangun bawa kitorang pergi breakfast dulu..tak ingat nama kedai tu..yang pasti sedap.(Makanan Indonesia syiok banget sihh!)
Kitorang sambung perjalanan ke
Maimoon Palace..Melawat saja-saja..orang yang suka sejarah minat la kot..aku ni takdalah minat sangat..hehe..
Lepas tu, Pak Bangun bawak pergi shopping kejap dekat Bandar Medan..KEJAP JE okay..setakat nak beli telekung, kain sarung dan kain baju..
Dah selesai shopping, kitorang pergi makan dekat Restoran Simpang Tiga kalau tak silap. Disebabkan aku suka makanan Indonesia ni..bagi aku semua kedai sedap je lah kan..haha...
Okay, lepas tu kitorang sambung perjalanan ke Berastagi. Best betul macam naik Genting. Sejuk semendang. Lama jugak lah nak sampai. Siap tidur bangun tidur balik..Sampai je dekat Berastagi ni, cari hotel nak check in dan kebetulan masa kitorang pergi ada debu gunung berapi.Jadi Pak Bangun belikan la kitorang mask muka..haha..
Malam macam biasa..makan kat hotel lepas tu keluar sat pergi cari buah-buah tempatan.
Pisang kaki ataupun persimmon kata english nya..Aku tak makan jd tak tau la rasanya. Balik dah mengantuk so tidur.

7/12/2014
Bangun pagi-pagi nak mandi, air panas takdakk!
Hahaha..menumpang la bilik orang lain untuk mandi. Dah siap-siap semua, keluar bilik sejuk gilos..macam duduk oversea wey. Asap-asap semua keluar. Breakfast dekat hotel dengan makanan yang superb memang puas hati. Lepas tu teruskan perjalanan ke Lake Toba. Singgah kejap dekat Air Terjun Sipisopiso. Cantik sungguh..memang puas hati la. Dahlah cantik tempat sejuk nyaman je. Lepas tu teruskan perjalanan ke Lake Toba.
Pemandangan dia cantik sangat.Tepi tasik Toba seriously sangat-sangat cantik.
Takde gambar pulak sebab masa tu teruja sangat jadi dengar cerita je la ek..Takpun pergi sendiri la hahahaha..
Lepas makan tengah hari(makanan indonesia ni memang puas hati la makan) kitorang terus naik feri pergi Lake Toba...
To be continue...
Air Terjun Sipisopiso

Tiada ulasan:

Catat Ulasan