Isnin, 23 November 2015

Best Friends Forever Part II

Part II
Tempat: UiTM Puncak Alam

Aku jumpa seseorang ni ha.. Berani dia tegur aku hahaha..Sedang aku sibuk mencari kelas dan jadual kelas, ada seorang hamba Allah nama dia Nur Hafizah bt Azman.( wei sorry lau nama kau salah hehehe)..Dia tegur aku dulu. Terkejut jugak la. Tak sangka boleh dapat kawan dekat tempat yang ramai orang ni. So dari hari pertama kuliah aku pergi kelas dengan Fiza. Aku memang pendiam jadi memang awkward la kan..Fiza pun pernah cakap dia awkward dengan aku..haha nasib badan..Sorry wei kau dapat kawan yang pendiam haha..

Lepas tu ada la sorang ni. Aku ingat lagi dia ni.. Aku duduk sebelah dia kalau tak silap masa kuliah Chemistry. Fiza dah kat depan so segan la nak pergi depan. Dahla datang lambat. Segan la aihh..
Lepas habis kuliah dia ni sibuk nak ikut aku dengan Fiza. Sumpah aku pelik dengan dia ni. Senang je nak masuk dengan orang. Tapi banyak mulut dia ni hahaha. Lama-lama dari berdua dengan Fiza dah bertambah jadi bertiga. Oh ya nama dia Nabilah bt Na'im..(betulkan ni nama kau kan?)Ni teman gaduh ni. Ingat lagi gaduh pasal Cheese Cake tu. Tp sejujurnya aku marah pasal benda lain. Sebab asyik pendam tu yang jadi lagu tu. Gaduh gila-gila dengan dia ni. Haha takpelah pengalaman. Lepas gaduh tu baru aku kenal diri kau. Susah payah aku pujuk kau. Siap pergi rumah kau lagi. Dahlah lif kat blok kau tu seram. Sengaja taknak jawab bila aku telefon...haha... Terima kasih atas pengalaman bergaduh dengan kau. 

Lepas tu Farah Adriana bt Rosman. Hah Fiza siap booking Farah dengan Ren dalam group lab Physics. Last-last group lain-lain hahahaha...Farah ni orang Ganu. Mula-mula susah nak rapat dengan dia. Sebab jenis pendiam jugak ni. Lama-lama boleh jadi kawan baik uolsss..haha..Farah selalu salah hantar mesej Whatsapp. Maklumlah kawan dia pun nama sama dengan aku.

Diorang ni la teman masa makan, masa kuliah, group kerja sama-sama. Lama-lama rapat. Rapat sampaikan bila seorang takda pun ramai tanya yang lagi sorang tu pergi mana. 

Walau macam mana pun yang terjadi, gaduh hebat mana pun, aku tetap sayangkan korang. Sebab korang la aku boleh adapt dengan kehidupan kampus yang penuh onak dan duri cehhh...

Harap korang akan ingat aku walaupun kita dah terpisah nanti. Harap korang sihat sentiasa dan selalu bawah lindungan-Nya. Terima Kasih sebab sudi kawan dengan aku. Aku taklah baik mana. Masih cuba menjadi matang dan tenang hahaha.. 

p/s: Gambar Nabilah dengan Fiza banyak dalam handphone. Penuh gambar korang tau tak! hahaha
Farah, Me, Nabilah and Fiza
Hah Farah mesej sape tuhhh?
Candid feat Nabilah
Waktu nak buka puasa dengan kawan sekelas.
Gambar korang. Sorry.hehe..
Gambar kau paling banyak dalam henfon aku....
Acah-acah je Fiza nih..hehe..sorry...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan