Rabu, 20 Mei 2015

Kek pelangi kukus in the house!

Assalamualaikum..

19 Mei 2015

Aku bukak fridge kekonon nak cari makanan. Sekali ha jumpa kek pelangi dalam bekas kaca kat peti sejuk..
Hadiah hari guru...

Bila makan fuhh...sedap pulak dengan topping cream cheese.. Tetiba rasa macam tak cukup je kek ni.

Apalagi..kita buat kek baru la hahaha..

Bahan-bahan nasib ada kat rumah..ni pun mencari resepi kat MR. GOOGLE..

Firstly, masukkan 1 cawan mentega dan 1/2 cawan gula kastor. Pukul hingga kembang.
Ni yang resepi asal...TAPI..macam kek sebelum ni la kan, aku ikut apa yang ada dalam peti sejuk jer..Dan apa yang ada cuma marjerin Daisy hahaha..So guna je lah kan..menjadi je kek tu.

Lepas tu, masukkan 3 biji telur. Masuk telur satu persatu dalam adunan tadi. Biarkan adunan sekata.
Aku guna 2 biji telur je. Kenapa? Sebab resepi asal guna loyang 7x7 kalau tak silap. Aku buat dalam loyang kecik jer.. Telur tu pun aku terus masuk dua-dua serentak.

Masukkan 1/4 cawan serikaya, 1/4 cawan susu pekat manis dan 1 sudu teh esen vanila. Pukul adunan sehingga sebati.
Yang ni aku masuk je ikut agak-agak. Tak payah banyak-banyak nanti manis sangat kek ni. Sukatan ni kira cantik la.

Hah baru lah masukkan 1 1/2 cawan tepung + 1 sudu teh serbuk penaik. Aku buat guna loyang kecik jadi kuantiti tepung pun dalam 1 cawan jer. Oh ya, aku tak guna tepung gandum tu. Iolss guna tepung naik sendiri. Tepung ni lagi senang sebab dah ada serbuk penaik.

Kacau adunan sampai sebati. Bahagikan adunan tadi ikut berapa pewarna yang ada.
Kat rumah ni carik punya carik ada 3 je pewarna makanan. Warna kuning, merah dan coklat. Hah coklat tu dari serbuk koko jer. Jadi kena jimat. Pakai je apa yang ada dekat rumah.

Tuang adunan berwarna dalam loyang dan ikut kreatif diri sendiri nak buat macam mana.
Yang tang ni best. Lepas masukkan adunan berwarna ni, guna pencungkil gigi ataupun lidi dan buat la corak abstrak kat adunan tu.

Kemudian kukuskan kek pelangi ni.
Dekat resepi tu suruh tutup loyang kek ni dengan aluminium foil. Jadi aku pun ikut jelah..
Akhirnya..lepas kukus selama 1 jam, hasilnya amat menakjubkan hahahaha...

Khamis, 14 Mei 2015

Kek coklat mud with hirisan badam

Assalamualaikum..
Hari ni punya kerja. Dah lama merancang nak buat kek. Ceh takde la lama mana..dalam dua tiga hari ni.. Tapi MALAS punya pasal kita tangguh dulu la kan.

Jadi hari ni la free sikit..Dah nak balik Selangor..Jadi buat sikit untuk bawa balik Selangor.

Kek Coklat with hirisan badam.
Beli tepung segera je. Senang. Tepung segera campur air 80 ml, marjerin 160g dan juga telur gred A 5 biji. Itu yang tulis dekat kotak.

Tapi aku langgar jer hahaha.. Dahla takda penimbang dengan penyukat.. Main bantai je masuk berapa yang aku suka.

Air agak-agak je dalam 80 ml.. Lepas tu marjerin Planta dalam setengah bekas bulat kecik tu. Telur pulak gred C. Alahai berapa banyak nak letak ni.. Last-last aku pecahkan 7 biji.. Ah kiranya lantak la kan..

Bakar dalam 40 minit dengan suhu 155 darjah.
Lepas 40 minit tadaaa..siap..

Sambil-sambil tu buat la topping dia. Aku guna mentega dan coklat masakan. Dekat kotak tulis campur dengan susu UHT. Once again aku cakap. Aku bantai je apa yang ada dekat dalam fridge tu. Tengok-tengok takda susu UHT.
Jadi cairkan je la mentega dengan coklat masakan dengan cara 'double boiling' (betul ke eh?)
Dah siap semua aku tuang kat atas kek tadi. Lepas tu tabur hirisan badam.. Fuhh nikmat makan..

Selasa, 12 Mei 2015

Medan, Indonesia Part II

Sambung post Medan, Indonesia

Masa dekat Lake Toba ni, kitorang dibawa singgah dekat sebuah pulau kecil bernama Samosir Island.
*Samosir - Many Big Statues as Cemeteries for Batak people ancestors.
Kitorang duduk kejap mendengar history about kaum Batak ni la.

*Samosir, Simanindo - Batak Museum with traditional dance performed twice daily.
Ha yang ini tak perasan pulak kat mana..Rasanya kitorang tak singgah sini.

*Samosir, Ambarita - Stone chairs used for judgement and executions.
Tempat ni best sangat. Dalam banyak tempat sejarah kat Medan yang kitorang pergi, Ambarita is the best among the best. Ada rumah-rumah kaum batak dekat sini. Pintu rumah dia keciknya lahai..haha. Tempat execution tu memang ada..siap dengan kerusi masa zaman dulu kala..Nak bagi pengajaran kat orang kampung. Pak Bangun siap buat demonstrasi lagi hukuman pancung tu. Masa ni memang terpaku sebab best cerita our tourist guide ni.

*Samosir, Tomok - Good place for locals and foreigner to shop for souvenirs. vegetable and fruits. There's a tomb for you to visit as well.
Masuk je pulau ni ada pasar jual cenderahati la, baju, beg and everything about Lake Toba..Mostly cenderahati la..

Pulau ni ada kaum Batak so banyak pasal history kaum Batak ni la..Best jugak dengar cerita pasal kaum Batak zaman dulu-dulu..
(Mostly orang tau pasal cerita orang batak ni makan orang. Zaman dulu la.)
*Bila masuk sini kena hati-hati sikit bagi yang muslim. Sebab anjing banyak habaq hang. Jadi berjalan tu hati-hati.
*Better beli cenderahati macam beg ke baju ke dekat sini. Sebab lagi murah berbanding tempat lain yang kitorang pergi.

Petang dalam pukul 5 kitorang sampai hotel baru. Lupa nak bagitau. Setiap malam kitorang  akan tidur hotel yang berbeza. Jadi hari kedua kitorang tinggal dekat sebuah hotel di Lake Toba.
Makan malam macam biasa. Malam-malam ni boleh la jalan sendiri. Suka hati la nak pergi mana-mana. Tapi kitorang ni penakut jadi masuk bilik tengok sinetron lagi syiokk..hahaha..

8/12/2014
Esok pagi lepas sarapan kitorang sambung perjalanan balik ke Medan. Bas dah menunggu masa feri kitorang sampai. Jadi sambung perjalanan ke Bandar Medan balik.
*Masa pergi ke Lake Toba dan masa balik Pak Bangun bawak jalan yang berbeza. That means yang kitorang akan lalu suatu tempat tu sekali je..Memang rugi kalau tak ambil gambar cam aku ni ha...
Rutin biasa aku dalam bas mesti la tidur..Penat berjalan sana sini. Bas berhenti dekat Restoran Simpang Tiga cawangan mana tah ni untuk lunch. Once again, aku suka banget sama masakan Indonesia..Best banget hahaha..

Dah kenyang semua kitorang teruskan perjalanan ke kilang makanan ringan. Ceh nama kemain. Dekat situ ada jual makanan tu. Tak ingat la nama dia. Teng-teng apa tah lagi..
Ala kalau Malaysia macam bepang kacang, dodol salut sesame, kacang tumbuk etc.
Mula-mula gelak-gelak je la bila dengar nama makanan ringan ni..entah apa-apa je..Bila tengok dan rasa, lebih kurang je macam makanan Malaysia.
#Even lebih kurang macam dekat Malaysia, tetapi mak abah makcik pakcik nenek semua belanja besar. Jadi sila simpan duit anda sedikit untuk shopping makanan kat sini.
Petang tu berjalan pusing-pusing Bandar Medan. Ada suatu tempat cenderahati ni. Kitorang ingatkan lagi murah tapi sebenarnya lagi murah dekat Lake Toba sana. Jadi beli dekat Lake Toba boleh dapat harga yang terbaik dan ideal untuk cenderahati.
Makan malam kitorang sangat-sangat best. Makan buffet dekat hotel hahaha. Ni termasuk dengan pakej tau..Tapi bukan hotel yang kitorang stay untuk malam tu.. Hotel ni memang mewah tak hingat.. Nak lalu pun segan. Berkilat-kilat semendang. Makan buffet dan ada jugak Malaysian tourists makan sini.
Dah selesai makan semua kitorang balik hotel rehatkan diri. Esok dah nak balik Malaysia.

9/12/2014
Pak Bangun bawa pusing area Medan ni ha..Cari barang-barang yang nak dibeli. Makan lunch kali ni tiada dalam pakej sebab hari last dah nak balik..Petang dalam pukul 4 dah gerak ke Kualanamu Airport. Pung pang pung pang dalam pukul 6 lebih berlepas dari Indonesia. Sampai KLIA 2 uruskan beg semua dalam pukul 9 malam baru sampai rumah. Habis sudah holiday kali ni. The last one untuk tahun 2014.
Silakan...
Restoran Simpang 3 cawangan mana tahhh...
Ni masa dekat tempat execution 
Tenang je...
Rasa macam kat India pun ada jugak..
Balik Malaysia.......

Isnin, 11 Mei 2015

Medan, Indonesia


Malam-malam ni bosan la pulak..taktau nak buat apa..online memanjang sampai tak tau nak tengok apa lagi.. so malam ni update pasal pergi Medan je lah nampaknya..

6/12/2014
Hari pergi Medan. 6.00 pagi dah bertolak pergi KLIA 2. Tiket flight pagi pulak tu.. nasib la badan..Lepas selesai check in bagasi semua..dalam pukul 8.30 jugak baru berlepas dr KLIA 2. Kekonon berangan nak breakfast dlm flight sambil tengok matahari pagi(ceh..)..akhirnya takda maknanya..40 minit je dari KLIA 2..Baru nak makan dah nak mendarat...simpan je lah makanan tu..
Sampai je dekat Kualanamu Airport, mencari pulak tourist guide yg dah diupah tu..oh ya, pagi-pagi airport ni tak la busy sangat..tak lama la nak menunggu passport kena cop la apa la..
Tourist guide kitorang nama dia Pak Bangun. Pak Bangun hokeyy..kau ada?haha...jadi mulalah perjalanan kitorang dekat Medan. Keluar je dari airport tu, kitorang terkejut tak hingat tau dak..ingatkan travel agency ni bagi naik van je.Sekali dia bagi bas uolsss! Bas pendek@bas mini..kat sana apatah nama dia..lebih kurang bas persiaran la. Kitorang pergi sini ramai-ramai..jadi layak lah utk dapat sebuah bas mini kihkihkih..
Okay, firstly Pak Bangun bawa kitorang pergi breakfast dulu..tak ingat nama kedai tu..yang pasti sedap.(Makanan Indonesia syiok banget sihh!)
Kitorang sambung perjalanan ke
Maimoon Palace..Melawat saja-saja..orang yang suka sejarah minat la kot..aku ni takdalah minat sangat..hehe..
Lepas tu, Pak Bangun bawak pergi shopping kejap dekat Bandar Medan..KEJAP JE okay..setakat nak beli telekung, kain sarung dan kain baju..
Dah selesai shopping, kitorang pergi makan dekat Restoran Simpang Tiga kalau tak silap. Disebabkan aku suka makanan Indonesia ni..bagi aku semua kedai sedap je lah kan..haha...
Okay, lepas tu kitorang sambung perjalanan ke Berastagi. Best betul macam naik Genting. Sejuk semendang. Lama jugak lah nak sampai. Siap tidur bangun tidur balik..Sampai je dekat Berastagi ni, cari hotel nak check in dan kebetulan masa kitorang pergi ada debu gunung berapi.Jadi Pak Bangun belikan la kitorang mask muka..haha..
Malam macam biasa..makan kat hotel lepas tu keluar sat pergi cari buah-buah tempatan.
Pisang kaki ataupun persimmon kata english nya..Aku tak makan jd tak tau la rasanya. Balik dah mengantuk so tidur.

7/12/2014
Bangun pagi-pagi nak mandi, air panas takdakk!
Hahaha..menumpang la bilik orang lain untuk mandi. Dah siap-siap semua, keluar bilik sejuk gilos..macam duduk oversea wey. Asap-asap semua keluar. Breakfast dekat hotel dengan makanan yang superb memang puas hati. Lepas tu teruskan perjalanan ke Lake Toba. Singgah kejap dekat Air Terjun Sipisopiso. Cantik sungguh..memang puas hati la. Dahlah cantik tempat sejuk nyaman je. Lepas tu teruskan perjalanan ke Lake Toba.
Pemandangan dia cantik sangat.Tepi tasik Toba seriously sangat-sangat cantik.
Takde gambar pulak sebab masa tu teruja sangat jadi dengar cerita je la ek..Takpun pergi sendiri la hahahaha..
Lepas makan tengah hari(makanan indonesia ni memang puas hati la makan) kitorang terus naik feri pergi Lake Toba...
To be continue...
Air Terjun Sipisopiso

Ahad, 10 Mei 2015

Kerja sampingan

Budak lepas SPM ni biasa la dik non, sibuk menanam anggur la durian la..
Termasuk la aku ni ha...lepas balik PLKN terus meng'anggur'kan diri..Nak ambil lesen macam takut je. Lagipun takda siapa pun tolong carikkan sekolah memandu untuk kita..haha..kita tak reti benda susah-susah ni..nampak tak memang anak mak bapak yang tak pernah susah..hah aku lah contoh terbaik..
Okey, back to the topic huh..
Kerja sampingan..
Awal-awal balik dari PLKN tu rasa macam nak rehat dulu..lepas 2 minggu okey dah rasa kebosanan yang amat..dahlah parents sibuk..selalu makan breakfast dengan lunch sorang-sorang je tau..hahaha..nasib la~
Satu hari tu lepas balik dari makan malam kat luar, bonda kesayangan tuan hamba ni menawarkan kerja dekat anak dia ni.. Lepas tu offer pulak dengan gaji..phewww..sapa taknak wehh..dengar je dapat duit zupppp sepantas guruh kilat kat langit tu aku setuju..
Dahlah duduk rumah free, tv free wifi 24 jam free, air elektrik free makan minum je la masak sendiri ikut selera..hah gaji lagi..masyuk alhamdulillah..
Kerja aku senang je..Gosok baju mak ayah.
Mesti orang cakap "hek eleh budak ni, tu kan tanggungjawab kau dekat mak bapak. Pun nak kena bayar ke."
Once again, aku tak mintak. Kalau mak ayah aku suruh gosok baju takda bayaran pun aku ikut je. Sebab tu tanggungjawab aku..

So, dapat lah aku duit saku setiap bulan. Kiranya penganggur berduit la aku kan hahaha.. Dapat duit bulan pertama aku belanja family makan pizza. Baru lah aku faham macam mana rasa bekerja dan kongsi rezeki kita dengan family. Keluar jalan-jalan dengan kawan aku belikan makanan untuk orang kat rumah..
Adik mintak apa-apa boleh la belanja dia sikit-sikit..(tak boleh banyak nanti dia 'pau' habis-habisan).
Tengok tak macam mana aliran duit aku?
Apa-apa pun family first. Insya Allah berkat hidup ni..Kongsi rezeki dengan keluarga lebih bermakna dari kongsi rezeki dengan sapa-sapa yang takda hubungan kekeluargaan dengan kita.*

*macam bf ke gf ke apa-apa lah..
#kawan baik dikecualikan okay.

Kerja kedua aku buat adalah menanda kerja kursus STPM. Menolong makcik je kiranya..
Aku tolong sebab bosan. Lepas dah beberapa hari bersengkang mata, akhirnya siap jugak kerja tu.. Ingat senang ke hah? Nak bagi markah lagi. BAHASA MELAYU tau..Dahla karangan banyak. Nasib kira-kira pastu tanda sikit-sikit je. Masa keluar teman dia beli barang, dia hulur duit dekat aku..haha..orang dah bagi kan..rezekilah kiranya..
Lepas ni menolong dia buat kek pulak. Haha aku ni jadi bibik boleh..jadi cikgu boleh..jadi chef pon boleh agaknya..haha..

Ni lah kerja sampingan masa duduk rumah sementara tunggu UPU keluar..sekarang dah tiba masa untuk sambung belajar..
Bye bye LlFE.. 😭

Assalamualaikum...

Sabtu, 9 Mei 2015

Steamboat.

Assalamualaikum..
oh yeah! Hari ni ada orang belanja kita makan steamboat lahh..hahaha..Dah janji sape suruh ye takk??
So aku memang menuntut lah kan janji SPM tu..Hahaha..
Jadilah kita di sini..makan steamboat dekat D' Terrace( betul ke ejaan ni?lantak pi la...)kat Johor Bahru..
Dia punya bubur nasi sedap weyhh..siap tambah-tambah lagi hahaha...(tak tau malu)
Kitorang makan bayar RM 25 seorang(kadar sekarang la)..makan sampai kenyang...
Macam-macam ada..seafood, ayam, daging...
Grill je lepas tu korang melahap la sampai pengsan..
Tapi masa pertama kali makan kat sini ada ketam...nyum nyum..tapi hari ni takda pulak..bukan musim kut..
First time datang dengan family, kali ni datang dengan makcik..gegirl je yang pergi tadi hahaha...well puas hati dapat makan.
Ada ABC tau awak..aiskrim sebagai pencuci mulut..best la jugak kat sini..
Duduk kat JB ni kalau tak naik berat memang pelik la..mana taknya asyik makan makan makan..
okay tu je cerita untuk hari ni..tak lah best pun..cuma berkongsi perasaan gembira kita jerr...
Nah gambar..

Jumaat, 8 Mei 2015

Makan makan...

Assalamualaikum,
orang cakap perut kenyang hati senang kan?
Haah betul la tu. Tapi kenyang beragak-agak okay..Ni habis pulun segala benda makan tak ingat dunia..
Jadilah macam aku ni ha..Disebabkan eksited punya hal makan mee bandung, pukul 4 pagi bangun muntah-muntah..memang asyik muntah je lah...sampaikan yang keluar cuma air je..penat Allah je yang tau..dahlah sakit perut lagi..
Pagi-pagi pukul 8 ajak sepupu pergi klinik. Dah tak tahan sangat..Penat pucat lesu. Sambil tu siap baca pasal keracunan makanan..Bila baca memang sah lah..keracunan makanan..doktor cakap nasib la aku masih minum air walaupun muntah-muntah..kalau tak dah kena masuk air kat klinik tu..pheww..nasib baik..lepas makan ubat..terus pening habis macam orang mabuk. Terhuyung-hayang. Berehat dari pagi sampai petang baru okay.. Pening pun dah takda..Malam dah macam biasa..Takda sakit perut lagi..
Lepas benda ni jadi, macam fobia sikit nak makan kedai..sebab takut keracunan makanan. Kesimpulan kat sini, makan biar berpada-pada. Jangan makan sebarang je. Tengok kebersihan jugak okay.. Jangan main lahap je semua..nanti tak pasal-pasal jadi macam saya..

p/s: Hobi saya masih lagi jalan-jalan cari makan..hehehe..

Khamis, 7 Mei 2015

Hobi

Assalamualaikum,
Hari ni cerita pasal hobi. Hurm..hobi ye? Aku punya hobi memang memerlukan banyak belanja daripada orang lain.. Kalau setakat hobi shopping tu, boleh lagi la cekau duit mana-mana. Tapi aku punya hobi perlukan duit, pengetahuan, bahasa, stamina fizikal dan mental eceh...kemain..Agak-agak apa ye?
"Buku merah jangan lupa bawa moga-moga belum tamat tempoh"
Hah dah tau kan. Yes aku suka travel! Suka sangat-sangat sampai jadi ketagih. Dilahirkan dalam family yang suka jalan..hmm..nasib lah...
Itu dulu..masa zaman sekolah boleh la ikut family pergi sana sini. Ni dah masuk zaman uni, zaman kolej, memang cuti tak sama dengan cuti budak sekolah.. nak tak nak travel sendiri lah kan?
Siap pesan dekat kawan untuk kumpul duit..masa belajar la nak holiday bagai ni. Dah kerja memang tak lah nak holiday selalu.. Lagi-lagi yang kerjaya sibuk macam doktor. Tak menang tangan weh..Busy memanjang..
Impian aku cuma nak pusing satu dunia. Lihat budaya, bangunan, orang, bahasa etc. Haha nampak tak berapa banyak aku kena belanja?hahaha...
Jadi sekarang ni banyak plan dah berada dalam otak ni. Masuk je asasi..the game begins.. Kumpul duit dan setiap bulan buat saving. Balik cuti sem ke cuti panjang ke, kerja la kat mana-mana dulu kan..
Dan bonus kalau lepas asasi dapat further study dekat oversea..haha impian kemain..
p/s: Sekarang mungkin angan-angan, esok lusa jadi kenyataan..peace yo!
Sekadar gambar hiasan hehehe...

Rabu, 6 Mei 2015

PLKN

11/12/2014
Masuk PLKN..bayangkan lah..dahla baru balik dari bercuti..rehat sehari dah masuk PLKN pulak..haila..ikut hati memang tak nak pergi. Tapi ni lah khidmat bakti saya kepada negara(cewahh!)..jadinya memang pergi lah ke kem ni..Mula-mula masuk memang bosan. Sumpah bosan siap nangis-nangis sebab takda kawan. Dahla budak baru..orang lain masuk 7/12 aku masuk 11/12..(dapat kebenaran JLKN okay..bukan saja-saja)..minggu awal-awal ni memang kelas pagi, malam tengok video yg mengantuk tu. Once again, sumpah memang bosan gila..takde life duduk sini..nasib dekat dengan rumah..
Minggu kedua dh start rapat-rapat dengan kwn dorm..cerita itu ini..gelak sana sini..kongsi benda, cerita..Haha..duduk sini asyik mengada ke nak pergi medik..sakit itu sakit ini..haha..
Makin lama makin biasa la..and aku jenis pendiam. Kat kelas malas nak cakap. Dahlah kena kongsi pebenda tah bila habis kelas. Sekali je keluar kat depan untuk kongsi pengalaman. Lepas tu memang taklah..
Ada orang cakap PLKN ni ubah orang dr negatif ke positif. Bagi aku ikut la niat org tu masuk PLKN. kalau dia ikhlas memang dia boleh berubah..tapi kalau stok yang terpaksa macam aku ni ha, memang sia-sia je lah masuk PLKN..tak berubah apa pun..
One day, ada satu explorace yg diadakan masa kelas. Pusing satu kem habaq hang! Selama ni aku mmg pendiam malas nak ambil tahu hal orang..masa explorace ni kebetulan banyak kuiz pasal negara, patriotisme..masa ni la aku keluar suara..sebab takda sapa nak jawab soalan cikgu..last-last keluar jugak suara yang mahal ni kahkahkah..
Aku guna sebaik mungkin apa yg aku belajar masa kelas sejarah kat sekolah..Dasar pembangunan la pandang ke timur la..semua keluar..akhirnya orang nampak aku sebagai aset dalam kumpulan..aku tak kisah org perasan aku ke tak..aku cuma share apa yang aku tahu..tak salah kan?

p/s: jgn pandang rendah kat orang yang pendiam ni..diam-diam ubi berisi tau! haha

Jom Masuk U!

Assalamualaikum..
Lama dh tak bukak blog ni..entry last tahun 2013 eh?(yeke?)..sedar tak sedar dh masuk 18..18 uolsss!!! lagi 2 tahun 20 sudaaa...aduhai tua dah...well..dah habis exam SPM. Result pon boleh la biasa je takdelah sampai tahap pandai gila.. Kalau okay mesti skrg ni buat persediaan ke luar negara ye tak??hahaha...angan-anganku musnah sekerat jalan..baru keluar result upu...dapat asasi sains uitm..hr tu dpt Kolej Matrikulasi Melaka..jadi atas nasihat umi abah sepupu makcik pakcik nenek semua...sekarang ni pilihan aku hanya UiTM...
UiTM pun okay apa...bukan sebarangan tau..apa yg aku tau..masuk je sem 1 aku dah nekad nak struggle...dapat pointer tinggi utk sambung kat faculty of medicine..tak kira!!(hentak kaki)..haha...sekarang ni fikir nak cari duit lebih sikit je masa dekat u nanti..

p/s: dah tak boleh ikut family gi jenjalan..jeles betul..hurmm