The Snow Drop
It's Me . And. My Life.
Ahad, 5 Februari 2023
SUDAH 26 tahun rupanya :(
Jumaat, 20 Mei 2022
Business Proposal?!
!!! WARNING !!!
⚠️⚠️
Ni cerita Rom-Com tau. So yang tak minat sweet-sweet tu takyah la tengok. Clingy and cheezy gila citer ni.
TAPI, HARI NI TAKNAK LA CAKAP PASAL DRAMA NI.
Sebab korang boleh je google sendiri kat internet tu hehehe..
TAPIII…
NAK BAGI TRAILER SIKIT LA MUEHEHHE ๐ซฃ๐๐
OKEY, so hari ni aku nak cerita pasal….(drumrollll..)
GOOBNE ….
Kalau sesiapa yang tengok drama ni, mesti tahu pasal GOOBNE ni.
So, aku try snow cheese chicken, Spicy Galbi Chicken dan yang berkuah tu Jjampong. Nasi 2 mangkuk. |
Pros
- Affordable. Ayam 6pcs RM 17.9 kira okay la compare to the other brand.
- Sedap. Ada original, soy garlic, snow cheesy, spicy galbi and volcano apatah nama dia. Spicy tu pedas-pedas manja. So lain kali nak try yang volcano la haha.
- Portion banyak jugaklah and puas hati makan.
- Jjampong memang terbaik. Susah woo nak jumpa kedai yang menu dia ada jjampong. You guys should try!
Cons
- Dessert tak ada ๐ฑomg! So kalau ada dessert memang mantap lah.
- Limited drinks too. Tapi usually kedai Korea variasi minuman memang limited.
- Snow cheese sampai agak lambat walaupun store takde orang. Nasib baik sedap.
Isnin, 2 Mei 2022
Selamat Hari Raya 2022
Pejam celik pejam celik rupanya dah raya.
Almaklumlah dah 2 tahun tak dapat beraya kan.
And SURPRISEEE!
Raya tahun ni sangat terkejut ya. Kat dalam kalender tulis hari Selasa, hah sekali raya hari ISNIN gaiss. Petak kepala terus masuk dapur tolong memasak. Nasib sehari awal dah pergi bazar raya walaupun benda yang dibelinya ialah buah berangan hahahaha.
Apa-apa pun, hari dah lepas, semua pun dah gembira, like pun yang bukan-bukan, kita enjoy jela eh ๐
EH SEBELUM TUUUU!
Tepek sikit la gambar raya tahun ni ehehehe…
Posing acah macam pemain bola tu tapi macam lain jer ๐ญ |
Gojes nyah kitorang |
Baru nampak proper, kan? |
Macam lawa jer hehe.. |
Rumah ke-berapa entah… |
Yang belakang tu caras yang depan2 nampaknya. |
Sepupu sepapat. |
Gambar raya aku tahun ni semua tak proper. SEKIAN |
SELAMAT HARI RAYA GAIS MAA ZAHIR DAN BATIN TIBEHHH…
Jumaat, 18 Mac 2022
Ehem! Dah 2022 ;)
Hai semua. (AKU SORANG JE PADAHAL HAHA)
Dah masuk 2022 rupanya. Al maklumlah COVID-19 punya penangan sampai tak rasa 2 tahun berlalu macam tu je.
Entry lepas aku buat tahun 2020. Pishang mat 2 tahun duduk rumah termenung ku sendiri memendam rindu tidak menentu TIBERR...
Dah 2 tahun wei masak rendang kat rumah sendiri. Harap tahun ni bolehlah balik kampung so that aku boleh makan rendang yang orang masak je. (ANAK DARA PEMALAS MACAM NI LA...)
So, sekarang aku buat apa eh?
Tak tahulah tiba-tiba aku 'TERSAMBUNG' belajar lagi.
Ramai ingat sambung Master tapi hahaha aku pergi post grad diploma. Amik bidang perguruan.
So gila ke tak gila aku ni hahaha...
Tula dulu dah dapat offer IPG bidang Sejarah kau gatal kan Izzatul gi tolak. Sekarang nak mohon diploma pendidikan Sejarah tak lepas-lepas. Tersangkut jugak dekat bidang kejuruteraan.
ADAN UKE KAU!
TULA MAK KAU NASIHAT KAU TAKMAU DENGAR HAA INGKAR LAGI PERINTAH MAK KAU PASTU AKHIRNYA KAU KE JALAN INI JUGAK KAN?
Pasni pasaran Open Market. Dulu dah jalan senang konfirm dapat tempat pekerjaan kau pergi tolak mentah-mentah.
Tapi, selalu jugak aku jumpa orang, dorang cakap aku sesuai jadi cikgu. Mungkin adalah tu kata-kata dorang yang berubah menjadi doa untuk aku. Terima kasih ler siapa sudi doakan aku jadi cikgu tu.
Sekarang dah semester kedua. N of course ni semester terakhir la.
Semoga seorang Izzatul Hanani dapat panggilan SPP dengan kadar segera. Seorang Izzatul nak ada duit nak balas jasa mak ayah dengan adik dia.
Plus nak beli rumah dengan kereta. Hehehe...
Bak kata umi, orang sengaja tak bagi dia pinjam PTPTN ke apa ke tapi dia gatal nak tambah hutang :P
P/s : Duit kahwin ada yang dah siap cari so kita tinggal kahwin jela kut. Heh..
Rabu, 30 September 2020
All About UTM
Assalamualaikum,
Jadi, untuk saat ni, terasa pulak nak cerita apa yang ada dekat universiti dulu including my degree subjects. Mungkin boleh tolong sikit-sikit sesiapa yang berminat nak sambung belajar di UTM, Skudai.
Mungkin ada orang tertanya aku ambil kos apa dulu?
Yep, Bachelor in Civil Engineering. FYI, kos Kejuruteraan Awam di UTM dapat tempat kedua di Malaysia dibawah Universiti Malaya untuk tahun 2020. Of course la UM the first mana boleh lawan sisthur sekalian. Boleh lah anda semua click pada link dibawah kalau tak percaya.
QS World University Ranking for Civil & Structural
Ada beberapa benda yang boleh kita bincangkan pada entri hari ini.
- Environment UTM. Secara keseluruhan, quite good. Ada tasik untuk rekreasi, hutan, air terjun kat dalam hutan UTM. Oh ya, depan blok M04 ada painball tau gais. Tapi, aku tak sempat nak try sebab tiba-tiba COVID (padahal dah 4 semester duduk bilik depan padang painball langsung tak teringin nak try). Paling best setiap hari selasa ada pasar malam. Nasi kerabu pasar malam memang sedak sokmo. Padang bola pun luas petang-petang biasa ada je students bersukan situ. Ada kuda dan boleh belajar horse riding. Kolam renang pun ada depan Stadium Azman Hashim tu. Gym pun ada gais! Kepada yang berminat dengan sukan dan keadaan kampus macam ni, UTM Skudai adalah antara pilihan yang terbaik.
Tips masuk universiti!
Assalamualaikum,
After long long long time no see, finally...(please abaikan grammar or whatsoever english gue)
I'm finally graduate! Sepatutnya ada majlis konvokesyen pada bulan 10 ni tapi disebabkan COVID-19, terpaksalah tunda next year which is 2021. Sob..sobs..
Akhirnya, berjaya juga tamatkan program degree dalam bidang yang tak berapa minat tapi bolehlah sikit-sikit. Alhamdulillah jugak tak kantoi any subjects sepanjang 8 semester yang lalu. Tak ada repeat paper or subjek. Untuk yang ni, aku bersyukur sebab berjaya tempuhi dengan jayanya walaupun aku memang sumpah tak minat bidang civil engineering ni.
Tbh, terlalu banyak benda yang berlaku selama empat tahun di UTM. Sakit, susah, sedih, gembira semua bercampur baur. Tipu kalau aku cakap aku bencikan semua yang terjadi dalam masa 4 tahun ni. Ada juga kenangan yang aku sayang nak lepaskan.
Tapi, 4 tahun inilah yang banyak mengajar aku jadi matang. Aku belajar untuk jadi orang yang sabar bila jumpa makhluk perangai aneh. Aku belajar macam mana nak jadi pendengar dan faham isi hati orang. Aku cuba tolong dengan kudrat aku mana yang aku mampu untuk tolong kawan-kawan sendiri.
Apa yang aku belajar selama 4 tahun:
1. Buat baik dengan orang. AND NEVER EVER HARAPKAN ORANG YANG KITA TOLONG TU BAIK DENGAN KITA. This is the reality. When you are too kind, people tend to kick your ass. Serius. Nasihat daripada akak yang dah habis belajar ni; belajar untuk terima orang akan ada tendency untuk gunakan kita sewaktu kita senang. Don't put your hope too much.
2. Biasakan diri berdikari. SEBAB WAKTU KAU SUSAH TAK ADA ORANG AKAN FAHAM dan ambil tahu. Semua kena uruskan sendiri. Masa itulah member hilang busy duduk dalam lubang cacing agaknya. Jadi, kalau boleh berdikari sendiri memang hebatlah. Termasuklah makan sorang dan shopping sorang-sorang. Memang tahap dewa punya berdikari. Aku dah cuba buat and guess what? Bila orang nak join kau punya 'me time' tu kan, rasa tak senang sebab rimas ada makhluk lain kau kena entertain bila keluar. Sebab aku dah biasa buat benda sendiri.
3. Jangan ikut lifestyle orang. Kalau rasa mampu pakai baju kat Brand Outlet je, teruskan jelah. Jangan gatal nak ikut member try Uniqlo la apa jadah la. Itu member kau yang ada duit biasiswa sekali dapat selepuk 5k. Jadi, kalau lifestyle member kau tiap-tiap minggu shopping dan makan benda mewah, better you avoid that kind of lifestyle kalau tak mampu. Kalau mampu tu, belanja la member sikit bagi merasa kan. Ini dahlah ajak member shopping, tapi member tu duduk melangut tunggu kau siap tanpa bawa satu barang balik pun. Apa salahnya belanja Spicy Chicken McDuluxe ke sebagai upah kan?
4. Tolonglah ada common sense. Janganlah kalau marah tu lepas pada rumet. Baling barang, hentak pintu kuat-kuat. Haah, memang kau je duduk dalam bilik tu! Orang lain ni dinding kan? Tips; janganlah sebilik dengan classmate. Sumpah bosan. Kelas hadap benda sama, balik bilik cerita pasal kelas lagi. Better sebilik dengan pelajar fakulti lain. At least terbukak besar la mata tu nampak cara orang lain kan.
5. Lastly, be yourself. Kalau rasa intimidate atau rasa takut, it's okay to express it and share with your best friend. Express anything yang kau rasa. Jangan pendam sebab pendam buatkan kau boleh gila. Lagi-lagi kalau jumpa member yang lahanat. Kalau rasa nak walk away from toxic people, do it. Jangan sebab rasa kesian kau sanggup stay. Tak berbaloi sebab yang sakit nanti diri kau sendiri.
Okaylah, itu je bebel hari ini. Nak cakap yang aku dah berjaya habis degree je. Apa benda mengarut yang lain tu aku tak tahu hahahha...
Till we meet again✌
Sabtu, 20 Julai 2019
Intership guys!
Acah sekarang tengah belajar Bahasa Mandarin sebab tu greeting dalam Mandarin ewah.
By the way, waktu menulis entri ni, sebenarnya dah masuk minggu keeeee.....
Enam hahaha!
Apa benda minggu keenam ni?
Sebenarnya dah enam minggu buat internship. Ataupun lebih dikenali sebagai latihan industri.
To be honest, best tapi penat tapi menyampah ada tapi bolehlah tahan. Entah tak tahu nak describe macam mana. Yang pasti penat la sebab setiap hari balik rumah mesti tido awal.
Kerja yang dibuat?
Ada waktu pergi site visit, tengok kontraktor buat kerja. Best sebab kenal ramai org luar yang mungkin membantu bila kerja nanti khenn...
Sekarang tinggal tunggu supervisor SKA datang je untuk checking student yang tengah intern ni. Harap-harap boleh bersabar dan bertahan untuk enam minggu lagi yuhuuuu.
Cabaran sangat-sangatlah banyak and I don't like it. Buat kerja yang kita tak minat rasa macam nak quit je kan everytime. Tapi disebabkan nak ada pengalaman dan feel untuk kerja nanti, kenalah cuba dan paksa walaupun hambar.
p/s: Bila nak bercuti ni woi?!
Rabu, 8 Ogos 2018
Travel
Aku rindu sangat nak travel.
Help me anyone!(crying inside)
Oh lupa! Tujuan aku kerja bukan saja-saja tetapi kerana nak cukupkan duit untuk travel jauhhhhhhhh.
Well, macam-macam destinasi aku dah fikir tapi I don't have any travel buddies you know....
Krik krik so here I am mereput waktu cuti sem.
Sebenarnya boleh je kalau nak jalan sorang but I don't have that courage yet so postpone dulu sampai habis grad. Orang lain berkobar-kobar nak kerja aku pulak berkobar-kobar nak bercuti.
So, rasanya macam nak kerja jadi freelance travel leader ke travel guide ke I don't care asalkan berkaitan melancong. Sampai puas berjalan then barulah kerja.
Kenapa hobi aku ni mahal sangat huhuhuhu... (crying again)
Melancong buat aku berfikir pasal manusia, alam sekitar and apa-apalah. Walhal pergi Indonesia pun hari tu teruja kot sebab I've seen something different yang tak ada kat negara sendiri.
Walaupun peribahasa kata, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri kekdahnya.
Apa aku mengarut ni gila? hahaha...
Well doakan lah aku berjaya tunaikan hobi ini sebelum kerja. Tak mintak banyak pun, sampai Maldives, Australia, New Zealand, Korea, Macau dll pun dah cukup hahhaha.
P/s: I'm looking for travel buddies so do pm me if you interested hehehe.