Assalamualaikum,
Jadi, untuk saat ni, terasa pulak nak cerita apa yang ada dekat universiti dulu including my degree subjects. Mungkin boleh tolong sikit-sikit sesiapa yang berminat nak sambung belajar di UTM, Skudai.
Mungkin ada orang tertanya aku ambil kos apa dulu?
Yep, Bachelor in Civil Engineering. FYI, kos Kejuruteraan Awam di UTM dapat tempat kedua di Malaysia dibawah Universiti Malaya untuk tahun 2020. Of course la UM the first mana boleh lawan sisthur sekalian. Boleh lah anda semua click pada link dibawah kalau tak percaya.
QS World University Ranking for Civil & Structural
Ada beberapa benda yang boleh kita bincangkan pada entri hari ini.
- Environment UTM. Secara keseluruhan, quite good. Ada tasik untuk rekreasi, hutan, air terjun kat dalam hutan UTM. Oh ya, depan blok M04 ada painball tau gais. Tapi, aku tak sempat nak try sebab tiba-tiba COVID (padahal dah 4 semester duduk bilik depan padang painball langsung tak teringin nak try). Paling best setiap hari selasa ada pasar malam. Nasi kerabu pasar malam memang sedak sokmo. Padang bola pun luas petang-petang biasa ada je students bersukan situ. Ada kuda dan boleh belajar horse riding. Kolam renang pun ada depan Stadium Azman Hashim tu. Gym pun ada gais! Kepada yang berminat dengan sukan dan keadaan kampus macam ni, UTM Skudai adalah antara pilihan yang terbaik.
- Pengangkutan awam dalam UTM. Secara jujur, aku boleh kira berapa kali je naik bas dalam kampus ni. Sebab kolej kediaman dan fakulti tak jauh jadi tak payah berebut nak naik bas. Paling untung kalau student civil dan computer duduk dekat Kolej Tun Dr. Ismail. Memang jalan kaki je nak pergi fakulti sebab dekat. Jadi, untuk terangkan lebih lanjut pasal bas dalam UTM memang aku bukanlah orangnya. Selain bas dalam kampus, ada jugak disediakan bas untuk keluar dari UTM. Kot-kotlah nak pergi JBCC atau Paradigm Mall rasanya memang ada bas yang disediakan. Tapi kalau malas, abang Grab berlambak je area situ. Setakat Paradigm Mall tu bawah RM 15 sehala boleh dapat dah (pandai-pandailah tong duit).
Okay, done with environment and entertainment. Kita sambung dengan kos kejuruteraan awam.
Civil engineering have several departments; Structure and Materials, Water and Environment Engineering and lastly Geotechnics and Transportation.
Tiga tahun memang melibatkan semua bahagian. Tapi, tahun keempat boleh pilih kelas elektif untuk bidang yang anda minat. Oh ya, untuk structure sampai tahun keempat kena belajar. Core subject! Satu tahun ada 2 semester which are Sept- Jan dan Feb-June.
My final year project related to Environmental Engineering based on Water Quality Index. Memang akan belajar dalam kelas environment tapi tak terlalu dalam. Bila buat FYP baru belajar dengan details based on research paper or journal dll. (Ni cerita bila ada masa)
Tips:
- Tahun pertama paling senang nak score. Jadi jangan main-main sebab memang basic je yang diajar.
- Tahun kedua adalah kesinambungan dari tahun pertama. A quite hard tapi masih boleh score.
- Tahun ketiga memang kena faham elok-elok apa yang dah belajar pada semester 1 hingga 4. Kalau dah master subjek dulu-dulu memang kacanglah korang dapat A berderet. Tapi kalau macam aku yang susah nak faham ni, memang kena belek buku dan belajar balik fahamkan apa yang lecturer ajar dulu. (banyak kantoi jugak, nasib baik tak repeat!)
- Tahun keempat macam bonus pun ya jugak. (untuk certain subject sahaja).
- Tolong score dekat projek kalau ada. Sangat-sangat membantu carry marks korang!
- Memang markah untuk test 1 dan test 2 sangat-sangat main peranan. Jadi, kena rajin study tau.
- Kalau tak faham, belajar dengan orang yang faham. Jangan jadi bodoh sombong konon pandai last-last sendiri sesat dalam kegelapan.
- Tanya je lecturer kalau malu sangat. Mereka sudi ajar untuk bagi korang faham.
- Awal-awal semester jangan ponteng. Nak ponteng biarlah lepas cuti mid sem. (nasihat from pro)
- Subjek senang macam Environment pastikan dapat A sebab sangat senang untuk score.
Melawat STP |
Keadaan kelas (plus lecturer handsome tapi dah kahwin ya. Time ni rajin datang kelas memang tak pernah skip kelas lecturer ni. Siapa? Cariklah sendiri kat fakulti tu.) |
Terpaksa carik gambar dengan truss. Memang satu JB mencari. |
Kenangan waktu jadi Fasi CIVIL'18 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan