Ahad, 5 Februari 2023

SUDAH 26 tahun rupanya :(

Selamat datang 2023.
Selamat menghampiri umur 30 sobs sobs..
Dah habis bulan Januari dah pun. Selesai praktikal, selesai PGDE tahun lepas.

Oh by the way, let's talk about practical experiences. 
Pelajar PGDE diwajibkan buat praktikal di sekolah kerajaan SAHAJA. Jadi, kebetulan la sangat ambil kos pendidikan kejuruteraan, sekolah pun sepuluh minit je dari rumah. 
(Masa ROS gatal duduk Pasir Gudang sekolah dekat sana dengan alasan tak ada masa nak minta kebenaran sekolah sini hahahahaha....alasannnn!)

Nokk, masuk sekolah jumpa cikgu-cikgu zaman sekolah menengah. Haha jem nak bahasakan apa nama panggilan ni? Tapi yelah cikgu kan, title nya tetap cikgu sampai bila-bila.
Seronok sebab cikgu-cikgu situ sporting walaupun aku sebenarnya tak banyak cakap dan pemalu. Tapi sampai kesudah banyak je cakap haha...

Macam-macam ragam pelajar dengan cikgu-cikgu la kan tapi layan jela. Ingatkan masa waktu study je dapat kerja adhoc, kat sini pun sama weyyyy menggelupur nak siapkan.
Antara pencapaian yang takdelah nak bangga sangat tapi bangga la jugak sebab aku part of the teams walaupun tak sangatlah. FAHAM TAK? HAHA..

Ceritanya ada seorang cikgu ni cerita pasal pertandingan STEM dekat sekolah. Dia cakap deadline lama lagi kiranya sebulan lebih selepas tarikh aku lapor diri kat sekolah. Aku pun gatal kononnya nak rasa pengalaman kan, hah pergi offer diri pulak tu. 
Cari punya cari dapatlah satu team dengan tiga orang ahli. 
Short the story, poster dengan editing video depa aku tolong menggunakan skill yang tak seberapa ni. Of course la star utama tiga orang tu ada kan. 
Tapisan peringkat daerah lepas. Mana taknya sekolah aku je hantar projek inovasi ini.
BTW, lupa nak cakap. Pertandingan STEM yang aku jadi sub-koordinator ni melibatkan inovasi melibatkan sustainability goals UNESCO.

Lepas tu tamatlah praktikal aku. Tak sempat nak join team sampai peringkat negeri. After several months, cikgu tu hantar mesej mengatakan team tersebut berjaya dapat nombor 4 peringkat kebangsaan. Berbangga jugaklah aku sebab susah woo saingan sengit dekat peringkat kebangsaan. Sekolah dari negeri-negeri lain banyak hantar team STEM yang hebat-hebat. Tapi rezekilah untuk team STEM sekolah aku.

Tu je la yang menarik pun walaupun kerja kelam kabut nak buat poster, nak shoot video. Pingsan mak. Dengan skripnya lagi.
Part mengajar sama je rasanya biashe-biashe ajer.

Sekarang aku nak settlekan home tutor pelajar SPM dan lepas tu lapor diri di sekolah baru. Semoga rezeki Izzatul mengalir macam air zam-zam, seluas langit dan sedalam lautan. Semoga aku kuat untuk masuk dalam suasana baru bulan 3 nanti. 

See you in the next post! 
P/s: Belanja gambar sikit..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan