Jumaat, 18 Mac 2022

Ehem! Dah 2022 ;)

 Hai semua. (AKU SORANG JE PADAHAL HAHA)

Dah masuk 2022 rupanya. Al maklumlah COVID-19 punya penangan sampai tak rasa 2 tahun berlalu macam tu je. 

Entry lepas aku buat tahun 2020. Pishang mat 2 tahun duduk rumah termenung ku sendiri memendam rindu tidak menentu TIBERR...

Dah 2 tahun wei masak rendang kat rumah sendiri. Harap tahun ni bolehlah balik kampung so that aku boleh makan rendang yang orang masak je. (ANAK DARA PEMALAS MACAM NI LA...)

So, sekarang aku buat apa eh? 

Tak tahulah tiba-tiba aku 'TERSAMBUNG' belajar lagi.

Ramai ingat sambung Master tapi hahaha aku pergi post grad diploma. Amik bidang perguruan. 

So gila ke tak gila aku ni hahaha...

Tula dulu dah dapat offer IPG bidang Sejarah kau gatal kan Izzatul gi tolak. Sekarang nak mohon diploma pendidikan Sejarah tak lepas-lepas. Tersangkut jugak dekat bidang kejuruteraan. 

ADAN UKE KAU!

TULA MAK KAU NASIHAT KAU TAKMAU DENGAR HAA INGKAR LAGI PERINTAH MAK KAU PASTU AKHIRNYA KAU KE JALAN INI JUGAK KAN?

Pasni pasaran Open Market. Dulu dah jalan senang konfirm dapat tempat pekerjaan kau pergi tolak mentah-mentah. 

Tapi, selalu jugak aku jumpa orang, dorang cakap aku sesuai jadi cikgu. Mungkin adalah tu kata-kata dorang yang berubah menjadi doa untuk aku. Terima kasih ler siapa sudi doakan aku jadi cikgu tu.

Sekarang dah semester kedua. N of course ni semester terakhir la.

Semoga seorang Izzatul Hanani dapat panggilan SPP dengan kadar segera. Seorang Izzatul nak ada duit nak balas jasa mak ayah dengan adik dia.

Plus nak beli rumah dengan kereta. Hehehe...

Bak kata umi, orang sengaja tak bagi dia pinjam PTPTN ke apa ke tapi dia gatal nak tambah hutang :P

P/s : Duit kahwin ada yang dah siap cari so kita tinggal kahwin jela kut. Heh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan