Rabu, 30 September 2020

All About UTM

 Assalamualaikum,

Jadi, untuk saat ni, terasa pulak nak cerita apa yang ada dekat universiti dulu including my degree subjects. Mungkin boleh tolong sikit-sikit sesiapa yang berminat nak sambung belajar di UTM, Skudai.

Mungkin ada orang tertanya aku ambil kos apa dulu?

Yep, Bachelor in Civil Engineering. FYI, kos Kejuruteraan Awam di UTM dapat tempat kedua di Malaysia dibawah Universiti Malaya untuk tahun 2020. Of course la UM the first mana boleh lawan sisthur sekalian. Boleh lah anda semua click pada link dibawah kalau tak percaya.

QS World University Ranking for Civil & Structural

Ada beberapa benda yang boleh kita bincangkan pada entri hari ini.

  1. Environment UTM. Secara keseluruhan, quite good. Ada tasik untuk rekreasi, hutan, air terjun kat dalam hutan UTM. Oh ya, depan blok M04 ada painball tau gais. Tapi, aku tak sempat nak try sebab tiba-tiba COVID (padahal dah 4 semester duduk bilik depan padang painball langsung tak teringin nak try). Paling best setiap hari selasa ada pasar malam. Nasi kerabu pasar malam memang sedak sokmo. Padang bola pun luas petang-petang biasa ada je students bersukan situ. Ada kuda dan boleh belajar horse riding. Kolam renang pun ada depan Stadium Azman Hashim tu. Gym pun ada gais! Kepada yang berminat dengan sukan dan keadaan kampus macam ni, UTM Skudai adalah antara pilihan yang terbaik.

Tips masuk universiti!

 Assalamualaikum, 

After long long long time no see, finally...(please abaikan grammar or whatsoever english gue)

I'm finally graduate! Sepatutnya ada majlis konvokesyen pada bulan 10 ni tapi disebabkan COVID-19, terpaksalah tunda next year which is 2021. Sob..sobs..

Akhirnya, berjaya juga tamatkan program degree dalam bidang yang tak berapa minat tapi bolehlah sikit-sikit. Alhamdulillah jugak tak kantoi any subjects sepanjang 8 semester yang lalu. Tak ada repeat paper or subjek. Untuk yang ni, aku bersyukur sebab berjaya tempuhi dengan jayanya walaupun aku memang sumpah tak minat bidang civil engineering ni.

Tbh, terlalu banyak benda yang berlaku selama empat tahun di UTM. Sakit, susah, sedih, gembira semua bercampur baur. Tipu kalau aku cakap aku bencikan semua yang terjadi dalam masa 4 tahun ni. Ada juga kenangan yang aku sayang nak lepaskan.

Tapi, 4 tahun inilah yang banyak mengajar aku jadi matang. Aku belajar untuk jadi orang yang sabar bila jumpa makhluk perangai aneh. Aku belajar macam mana nak jadi pendengar dan faham isi hati orang. Aku cuba tolong dengan kudrat aku mana yang aku mampu untuk tolong kawan-kawan sendiri.

Apa yang aku belajar selama 4 tahun:

1. Buat baik dengan orang. AND NEVER EVER HARAPKAN ORANG YANG KITA TOLONG TU BAIK DENGAN KITA. This is the reality. When you are too kind, people tend to kick your ass. Serius. Nasihat daripada akak yang dah habis belajar ni; belajar untuk terima orang akan ada tendency untuk gunakan kita sewaktu kita senang. Don't put your hope too much. 

2. Biasakan diri berdikari. SEBAB WAKTU KAU SUSAH TAK ADA ORANG AKAN FAHAM dan ambil tahu. Semua kena uruskan sendiri. Masa itulah member hilang busy duduk dalam lubang cacing agaknya. Jadi, kalau boleh berdikari sendiri memang hebatlah. Termasuklah makan sorang dan shopping sorang-sorang. Memang tahap dewa punya berdikari. Aku dah cuba buat and guess what? Bila orang nak join kau punya 'me time' tu kan, rasa tak senang sebab rimas ada makhluk lain kau kena entertain bila keluar. Sebab aku dah biasa buat benda sendiri.

3. Jangan ikut lifestyle orang. Kalau rasa mampu pakai baju kat Brand Outlet je, teruskan jelah. Jangan gatal nak ikut member try Uniqlo la apa jadah la. Itu member kau yang ada duit biasiswa sekali dapat selepuk 5k. Jadi, kalau lifestyle member kau tiap-tiap minggu shopping dan makan benda mewah, better you avoid that kind of lifestyle kalau tak mampu. Kalau mampu tu, belanja la member sikit bagi merasa kan. Ini dahlah ajak member shopping, tapi member tu duduk melangut tunggu kau siap tanpa bawa satu barang balik pun. Apa salahnya belanja Spicy Chicken McDuluxe ke sebagai upah kan? 

4. Tolonglah ada common sense. Janganlah kalau marah tu lepas pada rumet. Baling barang, hentak pintu kuat-kuat. Haah, memang kau je duduk dalam bilik tu! Orang lain ni dinding kan? Tips; janganlah sebilik dengan classmate. Sumpah bosan. Kelas hadap benda sama, balik bilik cerita pasal kelas lagi. Better sebilik dengan pelajar fakulti lain. At least terbukak besar la mata tu nampak cara orang lain kan.

5. Lastly, be yourself. Kalau rasa intimidate atau rasa takut, it's okay to express it and share with your best friend. Express anything yang kau rasa. Jangan pendam sebab pendam buatkan kau boleh gila. Lagi-lagi kalau jumpa member yang lahanat. Kalau rasa nak walk away from toxic people, do it. Jangan sebab rasa kesian kau sanggup stay. Tak berbaloi sebab yang sakit nanti diri kau sendiri.

Okaylah, itu je bebel hari ini. Nak cakap yang aku dah berjaya habis degree je. Apa benda mengarut yang lain tu aku tak tahu hahahha...

Till we meet again✌