Selasa, 7 Ogos 2018

Kerja part time

Hmm dah lama tak post something new.

Okay sekarang tengah cuti sem. As usual 2 month ++ gini I'm just chilling out and bermalas-malasan di rumah.

Tetapi pada cuti kali ini, teringin pulak nak cuba kerja part time kan.

Pertama sekali, cari kerja kat maukerja. Banyak offer and I just want to experience something in FnB industry.

Pertama sekali mohon dekat Dubuyo (my fav) IOI City Mall and I got it. Dia mintak datang interview tapi hehehe terlalu jauh jadinya tolak jelah kan.

Yang kedua mohon kat Nando's KLIA 2. Dia suruh datang interview sampai 5 kali call hari tu huhu. Dah tetapkan nak temuduga bagai tiba-tiba hari kejadian nak print sijil sekali printer rosak daa. Last-last cakap tak payah la bukan rezeki kat situ la kot.

Yang ketiga pergi Sushi King Banting je. Yang ni dia atur interview hari Isnin lepastu esoknya terus mula kerja hahahaha.

Over all, best and dapat pengalaman baru. Penat pun ye jugak sebab hari-hari kena closing sakit badan dan hampir separuh nyawa.

Tapi bertahan sebulan je sebab dalam sebulan kerja sehari je yang balik shift awal (9-7 ptg). Hari-hari lain semua kena closing so I've decided to quit sebab kekadang macam tak adil pun ye jugak hehe.

Apa yang best kerja Sushi King?

1) Ada staff meal. Yang dok gila sushi tu boleh la kerja sana. Kalau malam-malam nak closing tu mesti banyak sushi yang tak habis atas belt tu. Jadi makanlah sampai lebam. Tak lama pun cukup sebulan konferm jemu dah. Sampai buang udang, ketam, ayam yang kalau makan satu plate ungu yang cecah harga 6 ringgit satu plate tu .

2) Kalau tak ada customer memang santai gila kerja. Lagi-lagi kerja kitchen siap boleh makan tapi menyorok dari cctv jela hehe.

Apa yang tak best kerja sini?

1) Attitude orang melayu al maklumlah kedai aku kerja ni semua melayu. Cerewet ada yang pentingkan diri pun ada. Membawang tu takyah cerita la kalau ada masa sikit pun sempat nak membawang. Tapi sabar jelah nak buat macam mana kan. Yang penting aku tk kacau orang sudah.

2) Nasib aku hari-hari kena closing. Penat sangat kalau balik rumah esok pagi mesti sakit badan. Bagi aku tak berapa nak berbaloi dengan gaji. Kalau jadual aku dia bagi balance shift pagi dengan malam of course aku mampu bertahan sampai hujung bulan 8. Tapi malangnya tidak. Hahaha.

Well, aku cuma part time je nak buat macam mana kan. Ikut jelah. Bagi aku satu pengalaman yang best tapi lepas ni memang berfikir jugaklah kalau nak masuk FnB industry. Dulu ingatkan ala senang je kerja FnB ni sebab pasal makanan dan dapat makan free. Tu betul kalau kau kerja tempat yang tak berapa nak padat contohnya restoran yang jarang orang pergi hahahaha (maksudnya kedai kau kerja makanan tak sedap lah tu muehehehe).

Sushi King ni penat sikit sebab hari tu ada Bonanza. Ye aku kerja kat bahagian dishop (tempat prepare makanan before hantar ke customer and uruskan pinggan mangkuk semua tu). Ada tiga bahagian dalam kitchen; kaiten, dishop dan agemono. Yang paling senang of course la dishop.

Masa bonanza yang ramai tak hengat tu, aku tolong kat kaiten pada hari kedua. Buat sushi dengan pikap sushi. Pergh sumpah penat. Tapi last2 berbaloi sebab store ni target 26k untuk 4 hari bonanza. Tapi hari keempat semua dapat 29k. Kau ghase?

So itulah pengalaman serba sedikit. Nak kata best gila tak jugak. Nak kata tak best pun tak jugak sebab best je at certain time.










Okay done update hehe.

3 ulasan:

  1. sushi king boleh bagi staff depa semayang x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je. Tak ada masalah. Minta kwn sekerja cover dulu waktu solat

      Padam
  2. Hai sushi king ada sediakan tempat solat untuk pekerja tak?

    BalasPadam