Assalamualaikum..
Rasa macam semalam baru terima keputusan UPU. Rupa-rupanya dah masuk tahun baru and guess what?
Sekarang dah masuk semester 2. Nampak tak betapa cepatnya masa berlalu?
And Alhamdulillah I can survive in this course.
So how was my first sem in UTM?
Well, tak berapa okay but not that bad. Okeylah untuk satu pengalaman baru yang tak pernah dirasai selama 19 tahun hidup. ( Ayat poyo)
Disebabkan dulu langsung tak expect dapat engineering, jadi sem 1 tu macam hambar. Tak ada semangat. Macam tak berminat nak explore benda-benda baru.
But for this sem dan seterusnya, I already set a goal that I must achieve no matter what happen.
Pertama sekali, I just wanna enjoy my daily life as a student. Explore sana sini. Berbasikal ke berkayak ke jogging ke.. Nak cuba semua aktiviti tak kira la air ke darat ke sebelum grad. Sebab lepas tu tak ada dah nak jumpa benda-benda ni. Lepas ni kerja hadap bangunan dengan pelan yang menimbun tu.
Kedua, nak cari talent yang tersimpan dalam diri. Mungkin aku pandai menari siapa tahu kan? kan?
Boleh jugak lepas ni pergi buat persembahan kat mana-mana ke luls..(mengarut je lebih)
Ketiga, reset my mindset. Dekat otak ni asyik duk pikir kena dapat dekan, dekan and dekan. Actually aku prefer untuk jadi budak biasa je. Kalau dapat dekan tu dikira rezeki dan bonus sebab dah buat sehabis baik untuk sem tu. Tapi tak adalah pulak aku main-main ke apa. Sekarang aku belajar niat untuk ilmu dan have fun. Tak nak stress macam sem lepas. Emosi tak stabil bagai. Sekarang banyak rileks but at the same time aku masih belajar dan buat tutorial.
Pernah jugak sampai satu tahap rasa nak quit. Berhenti sebab penat.
Tapi ada someone pernah cakap, Allah lebih tahu yang terbaik. Ada sebab kenapa Allah bagi kau pilihan ni. Mungkin pahit sekarang tapi manisnya akan datang kemudian. Just believe what Allah give to you. Setiap apa yang Allah beri ada sebab dan hikmah dia. Mungkin tak nampak sekarang tapi suatu hari nanti pasti akan ada jawapannya. Just wait patiently.
Lecturer pun ada cakap, masuk engineering tak semestinya kita keluar as engineer. That's right. Dan sekarang aku percaya dan hasilnya aku berminat dan gembira dengan sem 2 walaupun masih terlalu awal nak cakap sebab baru 2 minggu masuk.
Lastly, benda paling besar yang aku nak hasilkan bila aku grad nanti.
Hadiah untuk umi dan abah.
Aku nak hadiahkan satu pelan rumah baru dan kalau boleh aku sendiri nak bina rumah tu. Itu hadiah yang aku nak bagi pada umi dan abah sebab berkorban duit untuk hantar aku masuk sini. Dulu umi nak anak dia jadi doktor sebab nanti boleh rawat dia masa tua.
Tapi aku ni dasar pemalas nak belajar so nak jadi doktor pebendanya kan.
Inilah yang aku mampu bagi agaknya. Walaupun tak setanding dengan apa yang mereka korbankan, tapi inilah yang mampu aku buat.
Sekarang ni rasa berkobar-kobar pulak nak belajar luls..
That's all. New entry untuk tahun 2017. Dan satu azam baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan