Sabtu, 28 November 2015

Cuti Semester Satu

Assalamualaikum..

Cuti sem 1. Mula dari 10/10/15 sampailah 9/12/15. Sekejap sangat la cuti ni..ishhh...

Apa-apa hal pun, cuti ni kena isi dengan perkara berfaedah. Kekonon nak kerja sangat, nak ambil lesen la apa la.. tapi akhirnya jadi bibik as usual.

Pagi malam kerja sama je. Macam dah diprogram. Pagi kemas rumah, mop lantai dan tengok tv pukul 12 NTV7 Kimchi Hour cerita Boys Over Flower. Dah berulang banyak kali pun still tengok. Gelak sensorang depan tv hahaha..sengal..

Lepas habis drama Korea ni barulah kita masak. Masak sampai dah tak tau nak fikir menu apa lagi nak masak kat rumah tu. Yang balik makan tengah hari pun depends la. Kadang-kadang umi balik awal tapi biasanya aku makan sorang-sorang la. Masak sendiri makan gitu.

Aku masak-masak lauk makan ni kurang sikit. Sebab aku lebih kepada bakeri semua tu. Sekali masak tu memang pakai buku resepi Chef Heneliza jugak la..haha..masak tomyam la..sup cendawan la..akhirnya makan sorang. Sedih woo..haha

Disebabkan dah bosan buat benda yang sama setiap hari, aku pun balik la ke Johor. Berlemak kau duduk jauh dari mak ayah. Bangun pagi, makan, tengok drama, pergi jalan-jalan dll. Karaoke tak payah cerita la..dah berkali-kali pergi. Wayang pun sama. Habis terbang duit aku huhuhuhu...

Ini memang betul-betul cuti. Buku memang simpan dalam kotak je.

But now I'm here. 10/12/2015 UiTM Dengkil. Wish me luck for my final.

P/s : Dah nak final dahhhhhhhh! - nangis -

Isnin, 23 November 2015

Best Friends Forever Part II

Part II
Tempat: UiTM Puncak Alam

Aku jumpa seseorang ni ha.. Berani dia tegur aku hahaha..Sedang aku sibuk mencari kelas dan jadual kelas, ada seorang hamba Allah nama dia Nur Hafizah bt Azman.( wei sorry lau nama kau salah hehehe)..Dia tegur aku dulu. Terkejut jugak la. Tak sangka boleh dapat kawan dekat tempat yang ramai orang ni. So dari hari pertama kuliah aku pergi kelas dengan Fiza. Aku memang pendiam jadi memang awkward la kan..Fiza pun pernah cakap dia awkward dengan aku..haha nasib badan..Sorry wei kau dapat kawan yang pendiam haha..

Lepas tu ada la sorang ni. Aku ingat lagi dia ni.. Aku duduk sebelah dia kalau tak silap masa kuliah Chemistry. Fiza dah kat depan so segan la nak pergi depan. Dahla datang lambat. Segan la aihh..
Lepas habis kuliah dia ni sibuk nak ikut aku dengan Fiza. Sumpah aku pelik dengan dia ni. Senang je nak masuk dengan orang. Tapi banyak mulut dia ni hahaha. Lama-lama dari berdua dengan Fiza dah bertambah jadi bertiga. Oh ya nama dia Nabilah bt Na'im..(betulkan ni nama kau kan?)Ni teman gaduh ni. Ingat lagi gaduh pasal Cheese Cake tu. Tp sejujurnya aku marah pasal benda lain. Sebab asyik pendam tu yang jadi lagu tu. Gaduh gila-gila dengan dia ni. Haha takpelah pengalaman. Lepas gaduh tu baru aku kenal diri kau. Susah payah aku pujuk kau. Siap pergi rumah kau lagi. Dahlah lif kat blok kau tu seram. Sengaja taknak jawab bila aku telefon...haha... Terima kasih atas pengalaman bergaduh dengan kau. 

Lepas tu Farah Adriana bt Rosman. Hah Fiza siap booking Farah dengan Ren dalam group lab Physics. Last-last group lain-lain hahahaha...Farah ni orang Ganu. Mula-mula susah nak rapat dengan dia. Sebab jenis pendiam jugak ni. Lama-lama boleh jadi kawan baik uolsss..haha..Farah selalu salah hantar mesej Whatsapp. Maklumlah kawan dia pun nama sama dengan aku.

Diorang ni la teman masa makan, masa kuliah, group kerja sama-sama. Lama-lama rapat. Rapat sampaikan bila seorang takda pun ramai tanya yang lagi sorang tu pergi mana. 

Walau macam mana pun yang terjadi, gaduh hebat mana pun, aku tetap sayangkan korang. Sebab korang la aku boleh adapt dengan kehidupan kampus yang penuh onak dan duri cehhh...

Harap korang akan ingat aku walaupun kita dah terpisah nanti. Harap korang sihat sentiasa dan selalu bawah lindungan-Nya. Terima Kasih sebab sudi kawan dengan aku. Aku taklah baik mana. Masih cuba menjadi matang dan tenang hahaha.. 

p/s: Gambar Nabilah dengan Fiza banyak dalam handphone. Penuh gambar korang tau tak! hahaha
Farah, Me, Nabilah and Fiza
Hah Farah mesej sape tuhhh?
Candid feat Nabilah
Waktu nak buka puasa dengan kawan sekelas.
Gambar korang. Sorry.hehe..
Gambar kau paling banyak dalam henfon aku....
Acah-acah je Fiza nih..hehe..sorry...

Ahad, 22 November 2015

Best Friend Forever

Assalamualaikum....
Tajuk pasal best friend kan? So I'm gonna talk about my best friends aka buddies yang bermakna dalam hidup aku.
So let me introduce my best friends.
Ain Najwa, Aina Adlina, Zunnurain Aqila, Faizatul Syakina..
Ni kawan baik rapat masa sekolah menengah. Gaduh dah pernah, marah merajuk gelak ketawa semua pernah.. Nangis sama-sama, susah sama-sama, belajar kongsi semua sama-sama. Sekarang masing-masing dah further study jauh-jauh. Lain-lain tempat.
Banyak kenangan waktu sekolah walaupun aku tak suka zaman sekolah. Ingat waktu Qila (Zunnurain Aqila) kena prank and the mastermind is me featuring Syahirah. Masa ni sampai nangis-nangis Qila.. Sorry bebeh..hehe..
Ingat kenangan masa gaduh dengan Kina (Faziatul Syakina). Marah kemain aku waktu tu..Tak puas hati dengan dia..Tapi dia cuma releks. And akhirnya aku minta maaf lepas jd rasional sikit. Memang salah aku..Aku tau..huhu..
Ain Najwa. Hurm kadang-kadang jealous tengok dia ni tau..Both of us understand each other. So banyak kongsi masalah sama-sama. Ingat waktu tuisyen dengan Cikgu Azman feat Aina Adlina. Haha..kita tak banyak cakap. Just buat kerja cikgu Azman suruh..Kan Ain kan?Buat math pastu bincang. Selagi tak dapat jawapan yang betul selagi tu dok menghadap kertas dengan calculator.
Aina Adlina. Ni kawan KPOP aiolsss...Aina ni die hard fan of Bigbang. Everyday datang sekolah pagi-pagi mesti KPOP dulu ahakssss..Ni la kawan yang selalu bawak gi tengok wayang sebab dia je yang ada lesen kereta. Pergi boling sama-sama..Perangai tingtong je semua..Hahaha..
Gonna miss you guys so much..
Filzah Amirah, Faizatul Syakina, Me and Aina Adlina.
Me, Aina and Ain Najwa
Qila...hehehe