Sabtu, 20 Ogos 2016

Ermm..engineer to be?

Assalamualaikuum,

Result UPU dah keluar.

Yeah, bidang kejuruteraan. 360 degree hidup aku tunggang langgang. Terkejut campur rasa tak percaya.

Civil Engineering UTM Skudai.

Punyalah aku semangat menggoggle. Civil engineering kat UTM ranked 1 in Malaysia. Tetiba terharu pulak dapat masuk sini. Tapi kejap jelah. Lepas tu aku terfikir balik.

Weh, dari form 4 aku ambil biologi. Sampai asasi. Kejadah tetiba daripada belajar pasal manusia dan alam and now aku tetiba masuk engineering? Tak rasa nak nangis ke?

Aku zero. ZERO. Tak ada ilmu langsung pasal engineering. Dulu form 3 aku pernah menang lukisan teknik. Tu jelah kut yang aku bangga sikit. Selain dari tu memang haremmm..

Sekarang baru aku rasa rindu nak baca Campbell. Sebab lepas ni no more biology. Cuma fizik. Math. And computer. And so on. But absolutely no more BIOLOGY.

Tapi aku tetap bersyukur. Allah tahu yang terbaik untuk aku.

Orang yang happy of course la makcik-makcik aku dua ekoq tu. Beria suruh terima. Hah yelah aku terima dengan hati yang terbuka. Walaupun mula-mula tahu tu menangis jugaklah.

And thank God aku punya minat nak belajar. Sebab dulu macam teringin nak ambil engineering. Tapi mem tak bagi. Alasan nanti besar takde kerja. And now anak dia memang betul-betul dapat engineering. Haih kalau aku tahu jadi camni akan aku ambil je dulu kos engineering kat sekolah.

Bertabahlah Izz. Tak lama pun. 4 tahun je. Pandang ke hadapan. Kalau orang lain boleh buat, kenapa aku tak kan? So I'm gonna prove it.

Dah jom kemas barang lalallaala~